Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Kenapa Kena Beli Techron Concentrate Plus – Motorcycle & Scooter?
Aksesori

Kenapa Kena Beli Techron Concentrate Plus – Motorcycle & Scooter?

AryonBy Aryon13/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DEPOSIT atau mendapan kotoran boleh terbentuk dalam sistem bahan api motosikal selepas enjin digunakan beberapa ketika dan semakin banyak terkumpul jika pengguna mengisi petrol berkualiti rendah. Sisa deposit dapat ditemui dalam bahagian penting sistem bahan api seperti injektor bahan api, injap masukan dan kebuk pembakaran.

Ini boleh menyebabkan motosikal mengalami masalah kehilangan kuasa dan prestasi, pecutan jadi lambat, kedengaran bunyi ketukan dan dentingan, selain menjejaskan ekonomi. Kini tibalah masa mendapatkan pembersih khas sistem bahan api Techron Concentrate Plus – Motorcycle & Scooter untuk mengembalikan semula prestasi enjin motosikal anda.

BACA >>> Inilah 5 Fakta Pantas Minyak Enjin Kereta Caltex Havoline yang Perlu Anda Tahu

Mungkin ada yang tidak pernah menggunakan bahan pencuci bahan api seperti ini. Jadi kami kumpulkan beberapa fakta yang perlu anda tahu dalam bentuk soalan dan jawapan tentang Techron Concentrate Plus – Motorcycle & Scooter:

1. BAGAIMANAKAH TECHRON BERFUNGSI?

Teknologi Techron menggunakan kimia berasaskan polieteramina yang terbukti berkesan membersihkan dan melindungi enjin dengan melembutkan, menyaluti dan mengapungkan molekul mendapan dalam bahan api sebelum disalurkan ke kebuk pembakaran untuk dibakar dan dikeluarkan melalui ekzos.

Ia bahan kimia yang akan dibakar bersama petrol dan bukan terendam seperti minyak enjin.

Lebih penting, pembersih bahan api ini dihasilkan berasaskan kajian dan penyelidikan (R&D) selama lebih 30 tahun, dan diyakini pengguna kenderaan bermotor seluruh dunia.

2. SIAPA PATUT GUNA?

Techron Concentrate Plus – Motorcycle & Scooter dirumus khas untuk penunggang yang:

  • Kadangkala menggunakan bahan api berkualiti rendah.
  • Menunggang motosikal terpakai yang tidak diketahui sejarah penggunaan bahan api lampau.
  • Penunggang bandar yang kerap berhenti sama ada di lampu isyarat atau ketika kesesakan lalu lintas.

3. APAKAH KELEBIHAN?

Jika anda termasuk dalam kategori penunggang motosikal di atas, antara kelebihan yang dapat anda rasai ialah:

  • Mengembalikan semula kuasa dan prestasi enjin.
  • Meningkatkan kemampuan pecutan sama ada ketika berhenti atau menghidupkan enjin.
  • Menguruangkan bunyi ketukan dan dentingan enjin.
  • Memaksimum penjimatan bahan api.

4. SESUAIKAH UNTUK SEMUA JENIS MOTOSIKAL?

Ya, Techron Concentrate Plus – Motorcycle & Scooter boleh digunakan untuk semua jenis motosikal 4-lejang atau 2-lejang, termasuk skuter.

5. DAPATKAH RASA PERBEZAAN SELEPAS GUNA?

Pembersih bahan api ini dijual seluruh dunia, dan sudah digunakan untuk kereta sejak 1980-an. Techron Concentrate Plus – Motorcycle & Scooter dibangunkan untuk kegunaan motosikal dan skuter yang berfungsi membersihkan mendapan terkumpul  dalam sistem bahan api enjin dan seterusnya mengembalikan prestasi enjin.

Perbezaan yang dapat dirasai bergantung kepada jumlah mendapan terkumpul dalam sistem bahan api.

6. BOLEHKAH GUNA UNTUK KENDERAAN LAIN SEPERTI KERETA?

Sebenarnya, memang ada Techron Concentrate Plus yang dirumus khas untuk kereta petrol berdasarkan kapasiti tangki bahan api. Namun,  Techron Concentrate Plus – Motorcycle & Scooter dibuat untuk motosikal kerana isipadu pembersih ini cuma 75ml yang sesuai untuk tangki bahan api hingga 6 liter sahaja.

Ini bermakna, jika digunakan pada motosikal atau kenderaan lain yang memiliki kapasiti tangki lebih 6 liter, anda memerlukan lebih daripada satu botol pembersih. Sebotol 75ml dirumus khas untuk 6 liter petrol.

7. BILAKAH SELANG MASA SESUAI UNTUK MENGISI?

Sesuai untuk setiap 3,000km untuk hasil terbaik.

8. MACAM MANA NAK ISI?

Tidak susah pun, ikut saja langkah-langkah di bawah ini:

aksesori autotainment motosikal Pembersih Injektor roda2 skuter Techron Techron Concentrate Plus - Motorcycle & Scooter
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.