• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Inilah 5 Fakta Pantas Minyak Enjin Kereta Caltex Havoline yang Perlu Anda Tahu

Inilah 5 Fakta Pantas Minyak Enjin Kereta Caltex Havoline yang Perlu Anda Tahu

June 6, 2018 By AO 3 Comments

546
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI sedia maklum tentang minyak enjin Caltex Havoline di pasaran. Mungkin ramai masih tidak tahu mengenai teknologi dan produk minyak enjin tersebut dan apakah yang membuatkan ia cukup istimewa. Kenapa Caltex Havoline sesuai dijadikan minyak pelincir utama kereta anda?

Sekarang mari kita baca 5 fakta pantas tentang Caltex Havoline di bawah ini:

1. APAKAH MINYAK ENJIN CALTEX HAVOLINE?

Apabila menyebut Caltex Havoline, anda perlu faham ia adalah produk minyak pelincir kereta petrol yang dihasilkan untuk meningkatkan ketahanan enjin dan memaksimumkan penjimatan bahan api. Caltex Havoline juga dibangunkan untuk kelancaran operasi enjin bagi memaksimumkan prestasi enjin dalam apa jua kondisi pemanduan.

2. APAKAH TEKNOLOGI DEPOSIT SHIELD™?


Teknologi Deposit Shield™ Havoline ialah formulasi sintetik penuh yang menepati spesifikasi Dexos1 Gen 2 dan memberikan perlindungan berterusan ke atas enjin.

Minyak enjin Havoline dengan Teknologi Deposit Shield™ mampu bertindak balas dengan baik terhadap keperluan ekstrem enjin dengan memberikan perlindungan dan prestasi dinamik apabila diperlukan. Kekuatan dan ketahanan Havoline memberikan kuasa dan prestasi optimum ke atas enjin, melindungi daripada kehausan, dan deposit berbahaya.

3. APAKAH PRODUK CALTEX HAVOLINE?

Ada 7 jenis produk Caltex Havoline yang boleh dibeli, iaitu minyak jenis mineral, semi-sintetik dan sintetik penuh:

  • Havoline® Pro DS™ Fully Synthetic ECO 5 SAE 5W-30 (sintetik penuh) fully-synthetic
  • Havoline® ProDS Fully Synthetic LE SAE 5W-40 (sintetik penuh)
  • Havoline® Synthetic Blend SAE 10W-40 (adunan-sintetik) synthetic-blend
  • Havoline® Synthetic Blend SAE 5W-30 (adunan-sintetik)
  • Havoline® Formula SAE 15W-40 (mineral)
  • Havoline® Formula SAE 10W-30 (mineral)
  • Havoline® Motor Oil SAE 20W-50 (mineral)

4. KENAPA PERLU SINTETIK PENUH?

Kebanyakan enjin kereta moden hari ini didatangkan lebih kompak dan ringan yang perlu beroperasi lebih bersih, menjana lebih kuasa, memberikan penjimatan bahan api terbaik dan mampu pergi lebih jauh sebelum minyak enjin ditukar.

Jadi, dengan Caltex Havoline sintetik penuh (fully-synthetic) seperti Havoline ProDS ECO5 dan Havoline ProDS LE, pemandu mampu meraih manfaat ditawarkan dua minyak enjin berkenaan. Ini kerana minyak enjin sintetik penuh mampu memberikan lebih perlindungan enjin dan tahan lebih lama.

Selain melindungi enjin ketika cuaca sejuk, produk Caltex ini juga memberi perlindungan terbaik dalam suhu panas dan dalam beban berat. Caltex Havoline sintetik penuh mampu memenuhi keperluan harian pemandu.

5. APAKAH DEXOS1 GEN 2?


Dexos1 Gen 2 ialah spesifikasi dihasilkan General Motors (GM) untuk minyak enjin yang bukan hanya memenuhi pelbagai kehendak industri dan keperluan ujian dalaman, tetapi juga terbukti mampu beroperasi dalam banyak kondisi ekstrem.

Ini kerana banyak kenderaan GM terbaharu memerlukan lebih perlindungan enjin, terutama kereta bersesaran kecil yang dibekalkan kuasa pengecas turbo. Kenderaan moden masa kini juga perlu mematuhi syarat emisi rendah dan perlu memberikan tahap penggunaan bahan api menjimatkan.

Jika melihat label Havoline ProDS®, itu membawa maksud minyak enjin yang diformulasi khas supaya menepati standard Dexos1 baharu yang mampu memanjangkan jangka hayat kereta dengan teknologi enjin termaju seperti pengecas turbo dan petrol suntikan terus (GDI).


[adrotate banner="76"]
Caltex turut menawarkan pek promosi istimewa kepada pemandu yang ingin menikmati perlindungan sempurna untuk kenderaan mereka. Promosi  ini ialah hasil kerjasama antara Caltex Havoline dan ONE Championship, yakni pertubuhan seni bela diri terbesar dunia.

Caranya, beli produk Caltex Havoline untuk menerima hadiah eksklusif percuma!

Cepat, mulakan sekarang!

Sah: 1 Mei hingga 30 Julai 2018

Lihat halaman ini untuk maklumat lebih lanjut: Caltex Havoline One Championship

546
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: Caltex, Caltex Havoline, Deposit Shield™, minyak enjin, minyak hitam, minyak hitam Caltex Havoline, minyak pelincir Caltex Havoline, promosi Caltex Havoline, Roda4

Comments

  1. gc says

    June 20, 2018 at 9:06 PM

    i use havaline 10w 40 .

    Reply
  2. qalid says

    November 9, 2018 at 8:30 PM

    toyota altis 1.6 thun 2013 60k mil yang mana terbaik?

    Reply
  3. AZLAN MD LAJIS says

    April 30, 2019 at 4:15 PM

    Artikel yang sangat baik. Tahniah.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my