Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kenapa Brek Brembo Vinales Boleh ‘Kong’?
Autotainment

Kenapa Brek Brembo Vinales Boleh ‘Kong’?

WahidBy Wahid26/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMALANGAN menimpa pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales di litar Red Bull Ring pada pusingan GP Styria minggu lalu masih hangat diperkatakan.

Jentera Vinales dilaporkan mengalami masalah brek di selekoh Turn 1 pada lap ke-17 yang memaksa pelumba Sepanyol itu melompat dari motosikalnya pada kelajuan 230kmj!

Soalannya, kenapa jentera MotoGP seperti YZR-M1 yang dalam kategori paling perlahan boleh ditimpa masalah brek?

BACA >>> Vinales Dedahkan Kenapa Dia Lompat dari M1 Pada Kelajuan 220kmj

Jawapannya, setiap pelumba memang akan menyesuaikan komponen dan sistem brek mereka dalam setiap perlumbaan. Dalam erti kata lain, pelumba paling cekap melakukan penyesuaian membabitkan cengkaman tayar, kehausan brek, cengkaman permukaan trek dan sebagainya, akan mendapat keputusan terbaik.

Sebaliknya, mereka yang kurang berbuat demikian akan ketinggalan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?

Sebagai contoh, pelumba Ducati, Andrea Dovizioso dapat menyesuaikan cara tunggangan untuk menjaga tayar sebelum memecut pada lap akhir.

Namun, bagi M1 yang tiada kelebihan kelajuan maksimum tinggi aka top speed, pelumba pasukan itu perlu membrek lebih dekat dengan selekoh, atau boleh dikatakan brek lambat. Cara tunggangan ini memaksa mereka membrek terlalu agresif.

Brembo pula ialah pembekal sistem brek kepada semua pasukan MotoGP yang menawarkan beberapa pilihan komponen kaliper dan cakera brek karbon seperti berikut

  • Cakera karbon 320mm – jisim rendah (lebih nipis)
  • Cakera karbon 320mm – jisim tinggi (lebih tebal)
  • Cakera karbon 340mm – jisim rendah (lebih nipis)
  • Cakera karbon 340mm – jisim tinggi (lebih tebal)
  • Kaliper brek depan GP4 – baru diperkenalkan, siap dengan sirip penyejukan
  • Kaliper brek depan – standard sejak 2019
  • Kaliper brek depan – sejak 2019, jenis tahan lasak, lebih tebal

Semua pelumba memilih cakera 340mm pada dua pusingan perlumbaan di trek Red Bull Ring. Cakera ini diperkenalkan pada pusingan GP Motegi 2013 dengan abiliti tambahan kuasa membrek 20 peratus dan pengurangan suhu cakera sebanyak 100ºC.

Preview (opens in a new tab)Brembo menasihatkan semua pasukan mengekalkan suhu cakera bawah 1,000ºC, manakala suhu pad brek bawah 200ºC kerana setiap julat suhu itu ialah tahap maksimum operasi.

Selain itu, bendalir brek (juga dipanggil minyak brek) akan mendidih pada suhu 160ºC. Jadi, setiap motosikal dilengkapi salur udara ke kaliper brek depan. Apa terjadi kalau minyak brek mendidih? Brek akan rasa lembut dan hilang kuasa apabila tuil ditarik. Malah dalam kes ekstrem, tuil brek mungkin ditarik rampat sampai ke terotel, tetapi tiada cengkaman.

BACA >>> Pelumba MotoGP Dapat Kaliper Brek Brembo GP4 Baharu, Kini Ada Sirip Penyejuk

Brembo mendedahkan maklumat, Vinales memilih kaliper 2019 standard yang menurutnya lebih serasi dengan respons sistem berkenaan. Selain itu, beliau juga tidak mengalami masalah dalam sesi latihan dan ujian masa. Malangnya, situasi berbeza pada hari perlumbaan.

Sebabnya, cuaca bertukar jadi lebih panas dengan suhu permukaan litar mencecah 50ºC. Ini ditambah lagi cara membrek terlalu agresif, aksi ‘cucuk angin’ (untuk menambahkan kelajuan jentera kerana dapat mengurangkan rintangan udara), jentera sedia ada yang lebih laju berbanding tahun lalu, dan tambahan daya cengkaman aerodinamik.

Semua faktor disebutkan itu menyebabkan suhu cakera meningkat lebih 1,000ºC dan suhu pad brek lebih 200ºC.

Akhirnya, pad brek depan M1 ditunggang Vinales pecah dan jatuh atas litar. Alex Marquez (Repsol Honda) yang berada di belakang pelumba Yamaha itu mendakwa ternampak objek kecil jatuh dari jentera Vinales. Ini bermakna beliau kehilangan brek sama sekali, sekali gus terpaksa terjun dari M1.

BACA >>> Vinales: Jentera Yamaha Kurang 'Power' dan Selalu Masalah

Auto Terkini Brembo Maverick Viñales Monster Energy Yamaha roda2 Yamaha YZR-M1
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Nahas Proton X50 Sungai Petani
    Auto Terkini

    Ralat Polis: Pemandu X50 Maut Bukan Abang, Tapi Adik Berusia 21 Tahun yang Baru Ambil Kereta

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.