Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kembara Ford GT Merentasi Jalan Lautan Atlantik Ini Pasti Buat Anda Terpesona
Autotainment

Kembara Ford GT Merentasi Jalan Lautan Atlantik Ini Pasti Buat Anda Terpesona

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini kami ada paparkan artikel mengenai jelajah BAC Mono merentasi laluan cantik sepanjang Jalan Lautan Atlantik. Bayangkan kereta tanpa bumbung dengan profil rendah ke bumi menjelajah sejauh beribu-ribu kilometer. Bukan calang-calang pemandu dan kereta yang mampu melakukan trip sejauh itu.

Perjalanan meredah Jalan Lautan Atlantik boleh dianggap sesuatu yang istimewa bagi peminat kereta dan pengembara sejati kerana dapat merasai pengalaman mengasyikkan yang berlatar belakangkan pemandangan indah ciptaan Tuhan.

BACA >>> BAC Mono Jelajah Atlantik – Supercar Tanpa Bumbung Tamatkan Trip Lebih 3,000km!

Sekarang kita abaikan tentang BAC Mono, ini pula cerita lain tetapi masih lagi berkisah mengenai penjelajahan sebuah lagi supercar yang rapat ke bumi – Ford GT kuning (syukurlah ada bumbung). Pengembaraan dalam wilayah Norway itu adalah sebahagian daripada video kembara Europe’s Greatest Driving Roads (Jalan Raya Terhebat Eropah) terbitan Ford.

Sebelum ini, Ford pernah menerbitkan beberapa siri kembara menggunakan pelbagai model seperti Focus ST, Focus RS, Fiesta ST dan Mustang yang menjelajah pelbagai jalan sekitar Eropah. Siri jelajah melalui laluan cantik itu dirakamkan jurnalis automotif antarabangsa, Steve Sutcliffe dan dia sendiri menjadi pengacara Europe’s Greatest Driving Roads.

Jalan Lautan Atlantik perlu dijelajahi dengan kereta bagi menyaksikannya sendiri. Hanya orang yang keras dan ego saja yang tidak tersentuh dengan keindahan laluan ini. Saya terpaksa memecah rekod rating dan memberikan markah 11/10 untuk pemandangan ini. Apa lagi yang hendak dibuat di laluan ini apabila anda dapat menyaksikan ikan paus ketika memandu?”

REKOD PUSINGAN BAHARU

Jalan Lautan Atlantik ialah laluan awam, terdiri daripada lapan jambatan yang menghubungkan bandar Kårvåg dan Vevang. Walaupun indah, tetapi laluan itu bukanlah bebas peraturan kerana ada batasan had kelajuan perlu dipatuhi dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya ketat. Jadi, jika mahu melepas geram, ada satu lokasi yang tidak diketahui ramai, iaitu Arctic Circle Raceway. 

Dalam jelajah itu, Ford GT (645hp) dibawa ke litar paling utara di dunia untuk dipandu uji pemandu Ford Chip Ganassi Racing dan veteran 24 Hours Le Mans, Stefan Mücke yang mana dia berjaya mencipta rekod pusingan baru!

VIDEO KEMBARA

Di bawah ini ialah video rakaman kembara tersebut yang sangat berbaloi ditonton.

* Durasi video: 11 minit 15 saat


Jika tidak cukup kuota, apa kata saksikan dulu foto-foto pemandangan cantik sepanjang laluan di sana. 😛 Berdoalah supaya suatu hari nanti kita akan sampai ke sana. Insya-Allah.

GALERI

24 Hours of Le Mans autotainment Ford Ford GT Jalan Laut Jalan Lautan Atlantik Norway Roda4 Stefan Mücke
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.