• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BAC Mono Jelajah Atlantik - Supercar Tanpa Bumbung Tamatkan Trip Lebih 3,000km!

BAC Mono Jelajah Atlantik - Supercar Tanpa Bumbung Tamatkan Trip Lebih 3,000km!

September 11, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUNIA kereta eksotik dan prestasi tinggi tidak hanya terhad kepada Lamborghini, Ferrari atau McLaren. Ada banyak lagi pengeluar automotif, terutama sekali apabila persaingan mula menjadi sama rata berikutan ledakan teknologi kenderaan elektrik (EV). Ini dapat dilihat pada pameran kenderaan ternama dunia yang disertai banyak pemain automotif baharu terutama sekali dari China.

Briggs Automotive Company (BAC) ialah antara contoh pengeluar kurang gah atau popular di media massa, tetapi benar-benar wujud dan ada produk sendiri. BAC bukan sekadar syarikat yang hebat dengan perhatian umum pada pameran auto sahaja dan kemudian menyepi entah ke mana. Sebaliknya, BAC memang serius mahu menguar-uarkan kewujudan jenamanya.

BACA >>> BAC Mono Jadi Kereta Peronda Polis Isle of Man

BUKAN KERETA TREK, HUJUNG MINGGU SAHAJA

Terdahulu, kami pernah memaparkan dua artikel tentang BAC. Kali ini adalah mengenai pengembaraan jalanan Atlantic terkenal dan pernah tular di media sosial. Memandu supercar berprestasi tinggi sebagai kenderaan mengembara bukanlah pilihan ideal. Kereta seperti itu sebenarnya lebih layak dipandu atas trek lumba atau bersiar-siar pada hujung minggu.

Sebab itulah anda dapat lihat banyak supercar berkeliaran ke Lemang To'Ki di Bentong, Pahang berbanding terserempak atas jalan ketika pergi dan balik kerja.

BACA >>> BAC Mono - Kereta Formula dari Liverpool ke California

BAC Mono pula bukan Ferrari atau Lamborghini. Malah, supercar itu tiada bumbung, dan lebih kepada kereta formula dengan kerusi tunggal. Tetapi itu, tidak menghalang model tersebut digunakan sebagai kenderaan utama menjelajah Atlantik sejauh 3,150km.

JALAN LAUTAN ATLANTIK

BAC Mono Jelajah Atlantic.19
BAC Mono Jelajah Atlantic.23
BAC Mono Jelajah Atlantic.06
BAC Mono Jelajah Atlantic.16

Seperti boleh dilihat di media sosial, Jalan Lautan Atlantik di Norway itu memerlukan si pemandu meredah kawasan cantik dengan pelbagai selekoh menggiurkan. Jadi, memang tidak hairan pemandu serata dunia memilih jalan seumpama itu untuk pengembaraan mereka.

Jalan berliku tersebut memang mainan BAC Mono, tetapi bagaimana pula pemanduan jarak jauh? Bagaimana pula realibiliti? Jadi, jelajah itu boleh dijadikan bukti betapa Mono mampu memberikan keselesaan dan reliabiliti diperlukan. Masakan tidak, setiap hari kereta itu dipandu 14 jam! Jelajah itu juga membolehkan Mono tiba di Denmark, Norway dan Sweden buat pertama kali, dengan pelbagai foto hebat sempat dirakamkan sepanjang perjalanan hasil kerja tangan jurugambar, Andrew Lofthouse.

BAC diasaskan pasangan adik beradik, Ian dan Neill Briggs dari Liverpool, England. Syarikat tersebut hanya menghasilkan model Mono dikuasakan enjin 2.5L Mountune berkuasa 305hp. Menariknya, berat badan supercar berkenaan cuma 580kg, dan mampu memecut 0-100kmj sepantas 2.8 saat!

Bayangkan sebuah supercar berkuasa tinggi yang ringan dan tangkas berserta pengalaman pemanduan ditiup angin sambil ditemani pemandangan cantik. Ah, memang itulah impian pemandu sejati!

GALERI

Artikel Berkaitan

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BAC, BAC Mono, Jalan Lautan Atlantik, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • JPJ Lancar Operasi Khas Besar-Besaran Kenderaan Perdagangan Minggu Depan!
    JPJ Lancar Operasi Khas Besar-Besaran Kenderaan Perdagangan Minggu Depan!
  • Thailand Perkenal Dua Warna Baharu Honda Super Cub (2023), Harga RM6.2k!
    Thailand Perkenal Dua Warna Baharu Honda Super Cub (2023), Harga RM6.2k!
  • Festival Toyota GAZOO Racing, GR Vios Challenge Hangatkan Litar Sepang 30/09-1/10 Ini, Masuk PERCUMA!!
    Festival Toyota GAZOO Racing, GR Vios Challenge Hangatkan Litar Sepang 30/09-1/10 Ini, Masuk PERCUMA!!
  • Saintis UK Cipta AES Pintar Mampu Kesan Kenderan Laju Selepas Pandu Perlahan Depan Kamera
    Saintis UK Cipta AES Pintar Mampu Kesan Kenderan Laju Selepas Pandu Perlahan Depan Kamera

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my