Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Keluarga Nak Saman Doktor yang Benarkan Marquez Berlumba di GP Jerez
Auto Terkini

Keluarga Nak Saman Doktor yang Benarkan Marquez Berlumba di GP Jerez

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BABAK baharu juara dunia lapan kali, Marc Marquez kini bermula selepas selesai menjalani pembedahan ketiga bagi memulihkan masalah lengannya yang patah.

Terdahulu, orang kuat HRC, Livio Suppo dan pengurus MotoGP, Carlo Pernat agak sangsi yang Marquez dapat berlumba musim depan, tetapi kini lain pula.

Terbaharu, keluarga Marquez khabarnya mahu menyaman pasukan doktor bedah pertama akibat cuai kerana membenarkan beliau berlumba semula. Isu itu dibangkitkan Pernat dalam audio siar Bar Sport.

Hampir semua orang terlibat di MotoGP menyalahkan pasukan doktor pertama kerana membenarkan Marquez berlumba di Jerez yang dianggap kesilapan besar dan tidak harus terjadi.

BACA >>> Indonesia Lancar Suzuki GSX-R150 Ecstar MotoGP Edition, Harga RM8.9k

Suppo berkata;

Aku selalu cakap, doktorlah yang harus disalahkan atas situasi ini. Hal sama pernah menimpa aku pada 2016 masa (Jack) Miller patah tulang belakang. Doktor sama yang beri izin kepada Marc (Marquez), dan (Joan) Mir. Dr Charte juga benarkan Miller turun berlumba.

“Cadangan itu buatkan aku bingung. Sebab selepas kemalangan, kawan aku Filippo Preziosi (mantan bos Ducati MotoGP) menasihatkan supaya pergi jumpa doktor lain.

“Hasilnya, Miller tak boleh berlumba sebab kalau kemalangan sekali lagi, dia boleh lumpuh. Jadi, aku tak boleh yakinkan Miller dan dia berkeras nak berlumba sebelum menyerah. Malangnya, pada masa itu ramai sangka Miller tak pandai mencuba walaupun kecederaan itulah yang buatkan dia lambat.”

Kenyataan itu disokong Pernat  yang menurutnya, keluarga Marquez kini sedang menyiapkan dokumen saman ke atas pasukan doktor kerana keputusan dibuat mengancam karier pelumba muda itu.

Pernat berkata;

Aku rasa ada tuntutan mahkamah sedang menunggu antara keluarga Márquez dan pasukan doktor. Marquez sendiri meyakinkan doktor supaya mengizinkan beliau berlumba selepas pembedahan pertama walaupun fakta itu salah.

“Setiap pelumba ada cara sendiri walaupun badan muingkin tidak cergas ketika turun berlumba. Namun disebabkan doktor cakap OK kalau nak berlumba, tentulah pelumba kurang selesa hendak menolak.

“Kita bercakap tentang manusia semberono yang izinkan pelumba turun trek. Padahal keadaanya lebih parah daripada apa dilihat dan salah satunya ialah Marcquez. Disebabkan izin itu, beliau tetap turun trek walau parah.

“Jadi masalah terbesar dalam cerita ini adalah keizinan daripada pasukan doktor. Aku tidak menyalahkan Marquez atau Puig, aku rasa ada saman menunggu. Ini  mungkin dimulakan keluarga Márquez dan doktor,”  jelas Pernat.

BACA >>> Marquez Selamat Dibedah Kali Ketiga, Kena Rehat 6 Bulan Lagi!
BACA >>> Puig: Apa Guna Jadi Juara Dunia Tanpa Cabaran Marquez

2020 MotoGP Alberto Puig Carlo Pernat Livio Suppo Marc Marquez roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong dan Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.