• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Keluarga Nak Saman Doktor yang Benarkan Marquez Berlumba di GP Jerez

Keluarga Nak Saman Doktor yang Benarkan Marquez Berlumba di GP Jerez

December 8, 2020 By AI Leave a Comment

540
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BABAK baharu juara dunia lapan kali, Marc Marquez kini bermula selepas selesai menjalani pembedahan ketiga bagi memulihkan masalah lengannya yang patah.

Terdahulu, orang kuat HRC, Livio Suppo dan pengurus MotoGP, Carlo Pernat agak sangsi yang Marquez dapat berlumba musim depan, tetapi kini lain pula.

Terbaharu, keluarga Marquez khabarnya mahu menyaman pasukan doktor bedah pertama akibat cuai kerana membenarkan beliau berlumba semula. Isu itu dibangkitkan Pernat dalam audio siar Bar Sport.

Hampir semua orang terlibat di MotoGP menyalahkan pasukan doktor pertama kerana membenarkan Marquez berlumba di Jerez yang dianggap kesilapan besar dan tidak harus terjadi.

BACA >>> Indonesia Lancar Suzuki GSX-R150 Ecstar MotoGP Edition, Harga RM8.9k

Marc Marquez_3
alberto-puigg-marc-marquez-bg
Marc Marquez

Suppo berkata;

Aku selalu cakap, doktorlah yang harus disalahkan atas situasi ini. Hal sama pernah menimpa aku pada 2016 masa (Jack) Miller patah tulang belakang. Doktor sama yang beri izin kepada Marc (Marquez), dan (Joan) Mir. Dr Charte juga benarkan Miller turun berlumba.

"Cadangan itu buatkan aku bingung. Sebab selepas kemalangan, kawan aku Filippo Preziosi (mantan bos Ducati MotoGP) menasihatkan supaya pergi jumpa doktor lain.

"Hasilnya, Miller tak boleh berlumba sebab kalau kemalangan sekali lagi, dia boleh lumpuh. Jadi, aku tak boleh yakinkan Miller dan dia berkeras nak berlumba sebelum menyerah. Malangnya, pada masa itu ramai sangka Miller tak pandai mencuba walaupun kecederaan itulah yang buatkan dia lambat."

Kenyataan itu disokong Pernat  yang menurutnya, keluarga Marquez kini sedang menyiapkan dokumen saman ke atas pasukan doktor kerana keputusan dibuat mengancam karier pelumba muda itu.

Pernat berkata;

Aku rasa ada tuntutan mahkamah sedang menunggu antara keluarga Márquez dan pasukan doktor. Marquez sendiri meyakinkan doktor supaya mengizinkan beliau berlumba selepas pembedahan pertama walaupun fakta itu salah.

"Setiap pelumba ada cara sendiri walaupun badan muingkin tidak cergas ketika turun berlumba. Namun disebabkan doktor cakap OK kalau nak berlumba, tentulah pelumba kurang selesa hendak menolak.

"Kita bercakap tentang manusia semberono yang izinkan pelumba turun trek. Padahal keadaanya lebih parah daripada apa dilihat dan salah satunya ialah Marcquez. Disebabkan izin itu, beliau tetap turun trek walau parah.

"Jadi masalah terbesar dalam cerita ini adalah keizinan daripada pasukan doktor. Aku tidak menyalahkan Marquez atau Puig, aku rasa ada saman menunggu. Ini  mungkin dimulakan keluarga Márquez dan doktor,"  jelas Pernat.

BACA >>> Marquez Selamat Dibedah Kali Ketiga, Kena Rehat 6 Bulan Lagi!
BACA >>> Puig: Apa Guna Jadi Juara Dunia Tanpa Cabaran Marquez

540
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 MotoGP, Alberto Puig, Carlo Pernat, Livio Suppo, Marc Marquez, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my