Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Ucap Sayonara ZX-14R!
Roda2

Kawasaki Ucap Sayonara ZX-14R!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI ZZR1400, juga dikenali sebagai ZX-14R, akan ditamatkan pengeluaran menjelang akhir tahun depan selepas bernafas hampir 14 tahun dalam industri motosikal global.

ZX-14R lahir ketika hampir semua pengeluar motosikal di Jepun turut serta dalam saingan menghasilkan jentera dua roda terpantas di Bumi. Antaranya ialah Honda Superblackbird dan Suzuki Hayabusa.

BACA >>> Lakaran Paten Pengganti Hayabusa Bocor?

Kawasaki ZX-14R (2006)

ZX-14R generasi pertama dilancarkan pada 2006 dan pantas menjadi antara motosikal jalanan paling berkuasa yang boleh dibeli. Kawasaki ketika itu menggunakan enjin 4-silinder sebaris 1,352cc berkuasa 197hp dan tork 153Nm dengan kelajuan maksimum 300kmj!

Jentera frem monokok aluminium ini menggunakan kotak gear 6-kelajuan dengan kapasiti tangki minyak 22 liter, manakala berat 215kg. Namun superbike ini dikatakan mampu ditunggang penunggang berpengalaman semudah basikal BMX!

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Kawasaki Ninja (1984-2014) yang Perlu Anda Tahu

ZX-14R generasi kedua pula muncul enam tahun kemudian, dan layak memegang gelaran raja superbike selepas menundukkan seteru utamanya, Suzuki Hayabusa. Ini disebabkan trenkuasa ZX-14R menerima pembaharuan menerusi anjakan kapasiti kepada 1,441cc dengan ledakan kuasa mencapai 210hp dan tork setinggi 161Nm, manakala berat pula meningkat kepada 239kg.

ZX-14R (2012) turut menerima pembaharuan gaya badan yang lebih aerodinamik, sistem ekzos baharu, teknologi Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC) tiga tahap, klac anti-gelincir, kipas kedua radiator dan sistem pencucuhan baharu daripada ZX-10R. Ada juga Sistem Anti-Brek Kunci (ABS).

Namun, ZX-14R kini terpaksa ditidurkan berikutan isu spesifikasi Euro5 yang mana Ninja gergasi ini didapati gagal memenuhi syarat piawaian tersebut.

Mungkin ada bertanya, kenapa Kawasaki tidak memperkenalkan ZZR-1400 generasi ketiga. Jawapannya, Kawasaki sudah ada Ninja H2 SX SE dalam barisan produk superbike moden dengan trenkuasa lebih kompak dan ledakan kuasa lebih bertenaga dan juga lebih pantas.

Ini bermakna ZX-14R akan menuruti nasib sama seperti Hayabusa yang berakhir tahun lalu selepas Suzuki memutuskan untuk tidak meneruskan pengeluarann model ikonik itu walaupun masih ada permintaan di Amerika Syarikat. Faktanya, Hayabusa gagal mematuhi standard piawaian emisi Euro4.

SUMBER: TheDrive | MCN | VisorDown

Kawasaki kawasaki ninja Kawasaki ZX-14R Kawasaki ZZR1400 roda2 superbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.