Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kawasaki Siar Video Acah Kedua Model Z Baharu dengan Enjin Supercas
Auto Terkini

Kawasaki Siar Video Acah Kedua Model Z Baharu dengan Enjin Supercas

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS video acah pertama, Kawasaki tidak menunggu lama untuk mendedahkan video acah kedua pula tentang model supercas ‘Z’. Ini pasti berita baik buat peminat superbike Kawasaki versi naked.

Kebanyakan produk Kawasaki diumumkan di Eropah dan Amerika Utara, tetapi video tersebut jelas memaparkan tarikh 23 Oktober. Ini bermakna model baharu itu akan didedahkan sempena Pameran Motor Tokyo (TMS) 2o19, hujung bulan ini.

Video acah kedua kali ini berjudul ‘New Ultimate Z – 23 October – Pressure Release‘.

BACA >>> Kawasaki Siar Video Acah Model Z Baharu dengan Enjin Supercas

Walaupun cuma berdurasi 18 saat, tetapi sedikit sebanyak memberikan bayangan tentang injap blow-off yang ada pada sistem supercas. Ia juga bukan model neo klasik seperti Z900RS, tetapi lebih kepada sportbike naked ilham Sugomi dalam gaya streetfighter (seperti Z1000 dan Z400/Z250) berdasarkan kelibat dwi lampu utama LED.

Panel meter direka baharu dan tidak sama dengan model Kawasaki sedia ada. Berdasarkan klip paparan mula skrin, streetfighter ini kelak akan dilengkapkan sistem Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Jelajah.

BACA >>> Videotomotif: Kawasaki Ninja H2 vs Lightning LS-218, Siapa Juara Lumba Drag?

Namun, apa yang paling mengujakan ialah spesifikasi mekanikal, atau lebih spesifik – enjin! Jika mengulaskan berdasarkan video acah itu, model Z baharu ini akan dibina berasaskan trenkuasa Ninja H2.

Jika Ninja H2 berkuasa 231hp, manakala Ninja H2 SX, 200hp, ada kemungkinan kuasa dihasilkan streetfighter hiper ini tidak jauh berbeza. Frem digunakan masih tidak dapat dipastikan sama ada serupa dengan Ninja H2 atau sebaliknya. Tetapi rekabentuk ekzos adalah berbeza berbanding H2.

Bahagian akhir video jika diperhatikan kita akan dapat mengesan kelibat kowl pelana. Walaupun imej kabur, tetapi boleh dikatakan itu ialah rekabentuk moden yang serba baharu. Adakah akan ada lagi video acah baharu sebelum pendedahan rasmi 23 Oktober nanti?

BACA >>> Videotomotif: Suzuki Hayabusa Tumpaskan Kawasaki Ninja H2 Bertiang-Tiang?

GALERI

SUMBER: YoungMachine

Auto Terkini Kawasaki Kawasaki Ninja H2 Kawasaki Z1 Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 roda2 Video Acah video teaser
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.