Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kawasaki Patenkan Sistem Kamera Pintar untuk Ninja H2 SX
Auto Terkini

Kawasaki Patenkan Sistem Kamera Pintar untuk Ninja H2 SX

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI dilaporkan memfailkan dokumen paten aplikasi sistem kamera untuk menambah baik ciri teknologi bantuan tunggangan pada model generasi baharu Ninja H2 SX (2022).

Sistem kamera itu dijangka digunakan sebagai pelengkap kepada sensor radar sedia ada. Ninja H2 SX ketika ini dilengkapi pelbagai sensor seperti dua unit untuk ciri kawalan jelajah adaptif (ACC) dan amaran risiko pelanggaraan di depan.

BACA >>> Kawasaki Patenkan Teknologi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) untuk Motosikal

Sensor belakang berfungsi sebagai pemantau titik buta (BSM) untuk mengurangkan risiko perlanggaran atau kemalangan. Sistem radar Kawasaki direka kemas kerana sensor disorok di belakang panel berbanding model pesaing lain.

Radar mampu mengesan objek pada malam atau cuaca buruk, tetapi masih dianggap solusi tidak lengkap kerana masih gagal mengecam warna, cahaya atau maklumat terperinci. Idea penggunaan kamera yang dapat disambungkan kepada sejumlah teknologi termaju sebenarnya sudah banyak digunakan kereta moden. Kawasaki dikatakan mahu mengikuti cara sama untuk model motosikal.

Menurut laporan, Kawasaki memfailkan paten pemasangan kamera depan, terutama membabitkan model terbaharu Ninja H2 SX. Kamera akan dipasang di sebalik visor angin dengan platform direka sendiri, iaitu atas bar hendal dekat bahagian pengemudian (nombor 53 pada foto paten).

BACA >>> Syarikat Korea Bangunkan Teknologi Biometrik untuk Elak Kes Curi Motosikal di Lot Parkir

Kira-kira setahun lalu, tular foto intip prototaip Ninja H2 SX menggunakan sistem kamera sama yang kelihatan di sebalik visor angin sebagai petanda awal sistem itu pernah diuji.

Ada beberapa teori dikemukakan, iaitu sistem kamera tersebut boleh disepadukan dengan lampu utama. Kamera mungkin secara automatik mampu mengubah suluhan lampu tinggi kepada rendah apabila jika mengesan kehadiran kenderaan dari arah depan.

Jika berjaya, sebuah motosikal dengan lampu depan adaptif LED kompleks seperti digunakan kereta moden masa kini bakal jadi kenyataan.

Teori kedua sistem pemantau baharu untuk Sistem Bantuan Penunggang Termaju (Advanced Rider Assistance Systems –  ARAS).
ARAS berfungsi menyeragamkan ciri ACC, pengesan pelanggaran dan BSM. Sistem kamera pula membantu sistem radar untuk menjadikan sistem mitigasi pelanggaran lebih cekap.

Contohnya, sensor berupaya mengenal pasti halangan seperti kenderaan atau pejalan kaki, dan membrek automatik kerana sistem kamera mampu mengecam lampu brek kenderaan di depan.

Sistem kamera juga boleh membaca papan tanda amaran atau peringatan, sekali gus mengingatkan penunggang mengenai had laju atau melaraskan halaju ACC. Malah motosikal juga berupaya mengecam lampu isyarat merah atau hijau. Memang pintar!

BACA >>> Kawasaki ZX-10R, ZX-10RR (2021) Lancar dengan Gaya, Ciri dan Bantuan Elektronik Baharu
BACA >>> Motosikal Elektrik Honda Masa Depan Akan Pasang Dron
BACA >>> Honda Bangunkan Sistem Radar Belakang untuk Goldwing

SUMBER: CycleWorld

ARAS Kawasaki Auto Terkini Dokumen Pintar Kamera Kawasaki Kawasaki Kawasaki Ninja H2 SX (2022) roda2 sensor Sistem Bantuan Penunggang Termaju (ARAS) Sistem Kamera Pintar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    Elektrifikasi

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    25/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.