• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Syarikat Korea Bangunkan Teknologi Biometrik untuk Elak Kes Curi Motosikal di Lot Parkir

Syarikat Korea Bangunkan Teknologi Biometrik untuk Elak Kes Curi Motosikal di Lot Parkir

March 2, 2021 By Brader Shawn Leave a Comment

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KES kecurian motosikal di kawasan parkir awam atau tempat kediaman adalah masalah harian yang dihadapi ramai pemilik di banyak negara, termasuk Malaysia. Buktinya, sepanjang tempoh 11 tahun sejak 2009, ada 464,446 kes kecurian motosikal dilaporkan seluruh negara, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terkini, sebuah firma pembekal solusi biometrik dari Korea Selatan, Unioncommunity mengumumkan cara baharu yang dapat mengatasi masalah kecurian motosikal, iaitu menggunakan teknologi biometrik untuk mengimbas wajah dan nombor plat sebelum penunggang dibenarkan memasuki lot parkir. 

Sebagai permulaan, Unioncommunity  mahu memperkenalkan aplikasi teknologi imbasan biometrik itu, yang dinamakan UBio-X MPass, untuk sistem parkir di negara Asean.

Sistem dengan tetapan pelbagai kamera itu mampu memproses 15 unit motosikal setiap minit. Sebaik saja nombor plat dan wajah diimbas, palang akan dibuka dan penunggang motosikal dibenarkan masuk ke dalam lot parkir.

BACA >>> Teknologi Tukar Gear, Akses Unit Infotainmen Guna Satu Butang Rotari Sahaja

Imbasan wajah dan nombor plat itu akan disimpan dalam rekod sistem dan hanya penunggang sama dibenarkan meninggalkan lot parkir bersama motosikalnya. Unioncommunity berharap sistem UBio-X MPass boleh mengurangkan kes kehilangan motosikal di kawasan parkir yang menggunakan teknologi buatannya.

Bagaimanapun, tidak dinafikan juga setiap teknologi mengumpul data individu menimbulkan banyak persoalan seperti:

  • Berapa lama rekod pemilik atau penunggang akan disimpan?
  • Apakah jaminan data tersebut selamat daripada digodam?
  • Mampukah teknologi itu mengecam penunggang memakai topi keledar muka penuh atau purdah?

DIPASANGKAN DI VIETNAM

Unioncommunity akan memasang sistem palang parkir imbasan biometrik pertama di kilang pengeluaran di Vietnam, tetapi tiada maklumat dikongsi mengenai klien tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unioncommunity, Shin Yosik berkata, syarikatnya sedang membangunkan sistem pengurusan parkir dengan menggabungkan beberapa teknologi baharu yang belum pernah dilihat dalam pasaran akses kawalan biometrik.

“Selain itu, kami mahu menawarkan solusi menyeluruh untuk lot parkir secara bersepadu,” katanya.

Sistem UBio-X MPass tidak seperti imbasan pada telefon pintar kerana pengguna ada alternatif lain jika enggan menggunakan biometrik. Sebaliknya sistem dibangunkan Unioncommunity memerlukan pemilik membuat pilihan antara keselamatan motosikal atau identiti diri.

BACA >>> Kawasaki Bangunkan Teknologi Hibrid Baharu untuk Motosikal

SUMBER: VisorDown

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, motosikal, Shin Yosik, teknologi, Teknologi Biometrik, Teknologi Parkir Biometrik, UBio-X MPass, Unioncommunity

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my