Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kawasaki Ninja H2 Perkenal 3 Trio, Sedia Gempur Pasaran Superbike Supercharged
Auto Terkini

Kawasaki Ninja H2 Perkenal 3 Trio, Sedia Gempur Pasaran Superbike Supercharged

Han OthmanBy Han Othman08/09/20176 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TERLANJUR bercerita tentang mat saleh melenjan Kawasaki Ninja H2 sampai enjin bocor, sekarang mari kita buat reviu pula tentang superbike tersebut.

Ninja H2 998cc supercharged ialah model Kawasaki yang baru saja dilancarkan dengan tampil bersama rekabentuk ekstrem dan menggetarkan jiwa. Pasukan jurutera Kawasaki mendakwa superbike itu dibina berasaskan objektif menghasilkan jentera dua roda ‘standard kilang’ yang melepasi piawaian tunggangan atas jalan dan trek.

Menggunakan enjin 4-lejang berkuasa supercharged, yang juga tidak asing diperkenalkan pengeluar lain, Ninja H2 berjaya menampilkan diri dengan kuasa serba menakjubkan. Hasilnya ialah tiga varian superbike yang bukan saja sah atas jalan, tetapi juga layak ditunggang dalam trek. Sementara itu, varian H2 Carbon yang dihasilkan dalam kuantiti terhad tahun lalu, kini sekali lagi kembali dalam kategori sama untuk 2018.

Trio hebat tersebut banyak berkongsi komponen sama dengan teknologi termaju, termasuk enjin 4-silinder sebaris 998cc, kuasa supercharged yang cukup signifikan, frem trellis, dimensi superbike kompak, ciri fizikal aerodinamik, lengan ayun sebelah, brek Brembo dan banyak lagi.

Varian paling premium, Ninja H2R dihasilkan dalam keluaran terhad dan cuma berada di pasaran negara terpilih dalam jangka masa tertentu. Dalam usaha mengawal pengeluaran motosikal supercharged paling berkuasa dunia itu, Kawasaki mensyaratkan bakal pembeli melengkapkan borang pra tempahan, dan membuat deposit di mana-mana pengedar Kawasaki tempatan yang sah sebelum 30 November 2017. Cara tempahan pula berasaskan konsep siapa cepat, dia dapat, dan tiada deposit, tiada tempahan. Syarat sama juga diimplementasikan ke atas model H2 Carbon.

Ninja H2™
Ninja H2™
Ninja H2™
Ninja H2™ Carbon
Ninja H2™ Carbon
Ninja H2™ Carbon
Berikut ialah harga Kawasaki Ninja H2:
  • H2 Standard – AS$28,000 (RM117,866)
  • H2 Carbon – AS$31,000 (RM130,494)
  • H2R – AS$55,000 (RM231,522)

Berikut pula ialah spesifikasi Ninja H2:

Enjin: Type 4-Stroke, 4-Cylinder, Liquid-Cooled, DOHC, 4 Valve Cylinder Head, Supercharged
Sesaran: 998cc
Lejang Gerek: 76.0 x 55.0mm
Tork Maksimum: 133.4Nm @ 10,500 rpm
Nisbah Mampatan: 8.5.1
Sistem Bahan Api: DFI dengan badan terotel 50mm (4) dan injektor dual
Pencucuhan: TCBI dengan Digital Advance
Transmisi: 6-kelajuan, Dog-Ring
Pacuan Final: Rantai Kedap (Sealed Chain)
Rake/Trail: 24.5° / 4.1 inci
Roda Depan Travel: 4.7 inci
Roda Belakang Travel: 5.3 inci
Saiz Tayar: 120/70-17 (depan); 200/55-17 (belakang)
Jarak Roda: 57.1 inci
Suspensi Depan: Fork terbalik AOS-II 43mm dengan Mampatan Boleh Laras dan Peredam Lantunan, Spring Prabeban Boleh Laras, dan Spring Top-Out
Suspensi Belakang: Uni-Trak baharu, absorber Ohlins TTX36 dengan Peredam Mampatan dan Lantunan 22-tetapan, dan Spring Hand-Turn Prabeban Boleh Laras
Brek Depan: Cakera Semi-Apung Dual 330mm dengan Radial-Mount, Kaliper 4-Piston Berlawan
Brek Belakang: Cakera 250mm dengan Kaliper 2-Piston Berlawan
Kapasiti Tangki: 17 liter
Tinggi Pelana: 32.7 inci
Berat Kerb: 238kg

SUMBER: RideApart | Kawasaki

Kawasaki Kawasaki Ninja H2 Kawasaki Ninja H2 Carbon Kawasaki Ninja H2R roda2 superbike
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.