Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kawasaki Motors Malaysia Lancar Z400 di KLIMS 2018?
Auto Terkini

Kawasaki Motors Malaysia Lancar Z400 di KLIMS 2018?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI mendedahkan model streetfighter Z400 di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, baru-baru ini. Nampaknya Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk melihat jentera itu. Kenapa kami kata begitu? Ini kerana Kawasaki Motor Malaysia (KMM) baru saja hantar jemputan pelancaran model baharu itu, 23 November (Jumaat) ini sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.

Namun, tidak dinyatakan model apakah bakal dilancarkan. Tetapi andaian kami semakin kukuh berdasarkan status Facebook KMM bertarikh 7 November lalu – ‘The latest addition to Kawasaki’s Z Series, the Z400 was designed to be a real Supernaked machine. Coming soon.’ (Tambahan terkini Kawasaki Z Series, Z40 direka untuk jadi jentera supernaked sebenar. Akan datang).

BACA >>> Kod Nama Bocor, Streetfighter Kawasaki Z400, Z250 Baharu Bakal Lancar Tahun Depan?

11 FAKTA PANTAS

Jadi, sudah terang lagi bersuluh, kemungkinan besar model yang bakal dilancarkan itu ialah Kawasaki Z400. Wow, nampaknya Malaysia tidak perlu menunggu lama menantikan kehadiran streetfighter itu. Sebelum itu, jom kita baca dulu 11 fakta pantas tentang Kawasaki Z400 (2019):

1. Kawasaki melakukan transformasi enjin Ninja 400 kepada casis naked. Enjin 399cc parallel twin menghasilkan kuasa 43.4hp @ 9,900rpm dan tork 33.4Nm @ 8,250rpm dengan transmisi 6-kelajuan dan klac sliper.

2. Z400 menggunakan frem trellis keluli untuk pengendalian lebih ringan dan kekuatan optimum.

3. Masih mempertahankan DNA supersport, jarak roda Z400 lebih pendek 1369mm dan pusat graviti tengah lebih rendah untuk pengendalian lebih tajam. 

4. Berat 167kg dicapai menerusi pengurangan berat badan, bukan saja enjin dan frem, tetapi juga rekabentuk pelana lebih ramping, termasuk roda dan pemanasan.

BACA >>> Kawasaki Bakal Perkenal Ninja Paling Bongsu Hujung Tahun Ini

5. Tugas suspensi disokong fork 41mm (depan) dan absorber prabeban 5 tetapan boleh laras (belakang). Z400 memiliki travel 4.7 inci (depan) dan 5.1 inci (belakang).

6. Z400 (2019) dipasangkan brek cakera 310mm (depan) dengan kaliper Nissin 2-piston dan brek cakera 220mm (belakang) dengan kaliper 2-piston. ABS Nissin didatangkan standard.

7. Rim 17-inci ialah input rekabentuk pasukan Kawasaki World Superbike yang dipadankan tayar bersaiz   110/70 (depan) dan 150/60 (belakang).

8. Bagi memenuhi pilihan penunggang yang pelbagai, Z400 menawarkan ergonomik tunggangan sedikit menegak. Posisi bar hendal lebar, manakala peg kaki aluminium diletak sedikit ke depan berbanding sportbike seperti Ninja ZX-6R dan ZX10-R.

BACA >>> 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)

9. Kokpit Z400 meminjam rekabentuk Z650 dengan indikator posisi gear bersama paparan takometer analog saiz besar dan paparan instrumen LCD.

10. Lampu depan dan belakang bercirikan LED sebagai standard.

11. Z400 ABS ditawarkan dalam 2 pilihan warna: Candy Lime Green/ Metallic Spark Black (hijau/ hitam) dan Candy Cardinal Red/ Metallic Flat Spark Black (merah/ hitam).

GALERI
EICMA 2018 Kawasaki Kawasaki Motors Malaysia (KMM) kawasaki z400 KLIMS 2018 Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) Pamera Motor Milan (EICMA) 2018 roda2 streetfighter
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.