Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kawasaki Malaysia Tunjuk Imej Teaser Z900RS, Bakal Masuk Pasaran Tahun Ini?
Auto Terkini

Kawasaki Malaysia Tunjuk Imej Teaser Z900RS, Bakal Masuk Pasaran Tahun Ini?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/01/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi motosikal Kawasaki di Malaysia, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMM) menyiarkan imej teaser model Z900 RS menerusi laman sosial Facebook syarikat itu. Status yang dimuat naik menunjukkan imej lampu depan LED dengan kapsyen, ‘Ready for a surprise?- Coming soon (to) Malaysia’ (Bersedia untuk kejutan? – Akan datang (ke) Malaysia).


Bayangan lampu bulat itu ialah unit sama yang boleh ditemui pada Z900 RS yang tampil dengan rekaan tradisional bersama padanan teknologi moden. Sebelum itu, apa kata baca dulu butiran menarik mengenai sportbike siri Z gaya retro itu di pautan bawah ini.

BACA>>>12 Fakta Pantas Tentang Kawasaki Z900RS (2018)

KEMBALIKAN GAYA RETRO

Rekaan motosikal berkenaan pasti mengingatkan kita kepada model ikonik Kawasaki Z1 Super Four 900 (1972). Sistem pencahayaan menggunakan LED sepenuhnya dan dipadankan tangki minyak ‘air mata’ (teardrop), rim aloi dan kowl belakang mirip, Z1. Ciri retro pula diserlahkan menerusi kluster instrumen analog untuk spidometer dan takometer.

Prestasi jentera dijana enjin yang sama seperti Z900, bersesaran 948cc, 4-silinder dengan kuasa 110hp pada 8,500rpm dan tork maksimum 98.5Nm (6,500rpm). Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan.

Tugas suspensi diuruskan fork terbalik 41mm di depan, dan Horizontal Back-Link Kawasaki di belakang yang boleh dilaraskan sepenuhnya dengan 10-tetapan mampatan dan 12-tetapan lantunan (rebound). Ciri absorber pula daripada jenis prabeban dan peredam lantunan boleh laras sepenuhnya.

BACA >>> Harga Kawasaki 2018 Didedahkan – H2 SX Lebih Murah, Z900RS Lagi Mahal?

Bilakah model itu akan berada di pasaran tempatan? Sama-sama kita nantikan. Kebiasaannya, KMM akan memperkenal barisan model baharu pada majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina. Jangkaan kami, kita mungkin perlu menunggu sekitar suku pertama 2018 untuk mengetahui ketibaan model terkini daripada Kawasaki Motors Malaysia.

Auto Terkini Kawasaki Kawasaki Motors Malaysia Kawasaki Z1 Kawasaki Z900 Kawasaki Z900 RS sportbike teaser Z900 RS
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.