Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kawasaki Indonesia Dedah Video Acah Ninja ZX-25R, Lancar 10 Julai Depan
Auto Terkini

Kawasaki Indonesia Dedah Video Acah Ninja ZX-25R, Lancar 10 Julai Depan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/06/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENANTIAN Kawasaki Ninja ZX-25R akhirnya sampai ke penghujung.

Kawasaki Motor Indonesia (KMI) memuat naik video acah dalam akaun YouTube wakil pengeluar itu yang mendedahkan 10 Julai jam 3 petang (waktu tempatan) sebagai tarikh rasmi pelancaran sportbike empat dapur itu secara maya.

Video itu, yang berjudul ‘2 Kawasaki Ninja ZX-25R meets Sentul International Circuit’ (2 Kawasaki Ninja Zx-25R bertemu di Litar Antarabangsa Sentul), mengesahkan foto intip yang tular di media sosial sebelum ini. Rupa-rupanya KMI sedang menjalani penggambaran video untuk sportbike tersebut.

Video itu, yang berdurasi 54 saat (lihat atas), menunjukkan kelibat dua model ZX-25R iaitu versi lumba dan hijau KRT sedang berlumba di litar Sentul dengan ngauman ekzos yang nyaring dan padat.

Sebaik saja kedua-dua model tersebut melepasi garis penamat, tertera perkataan ‘Screaming In-Line 4 Power’ dan ‘Ninja ZX-25R’. Akhir video tertera maklumat pelancaran sportbike itu.

BACA >>> Perbandingan: Data Dyno Kawasaki Ninja ZX-25R vs Honda CBR250RR

Sementara itu, satu lagi video dikeluarkan KMI memaparkan aksi Ninja ZX-25R dikerah hingga 152kmj dengan model versi lumba.

Persoalannya, adakah spesifikasi lengkap Ninja ZX-25R akan didedahkan pada acara pelancaran kelak? Apakah pilihan varian yang diterima pelanggan Indonesia? Berapakah pula harga sebetulnya? Apapun, orang Malaysia perlu terus sabar menanti.

Ingat, 10 Julai, 3 petang (4pm waktu Malaysia)!

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Ngauman Ekzos Kawasaki Ninja ZX-25R dari Litar Sentul Indonesia!
BACA >>> #Spyshot: Kawasaki ZX-25R Versi Lumba Ditunggang Uji di Indonesia

Kawasaki Kawasaki Indonesia Kawasaki ZX-25R Kawasaki ZX-25R Versi Lumba roda2 sportbike Sportbike Suku Liter teaser video
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Roda2

    #Spyshot: BMW S1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar – Rekaan Keseluruhan Baharu

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 28/06/2020 12:31

      Akhirnya, setelah setahun kena bakar.

      Semoga x mengecewakan !

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.