Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kapcai Naked Dual-Sport Popular di Filipina, Honda XRM125 Dominasi Pasaran
Roda2

Kapcai Naked Dual-Sport Popular di Filipina, Honda XRM125 Dominasi Pasaran

AryonBy Aryon07/08/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KATA peribahasa, lain padang lain belalang. Maksudnya, lain tempat, lain pula pe’el penduduk di situ. Dalam hal dunia motosikal khususnya di Asia Tenggara atau Asean, semua tahu jentera jenis kapcai atau underbone/moped cukup popular di rantau ini. Namun segmen underbone itu sendiri berbeza cita rasa dan trend di setiap negara.

Artikel kali ini kita akan meninjau trend kapcai di Filipina. Jika orang Malaysia sukakan kapcai fairing, jiran di Filipina sana pula lebih sukakan kapcai naked dengan tambahan ciri dual-sport (Ingat lagi gaya Honda Hurricane?). Buktinya, Filipina adalah antara negara Asean yang menawarkan barisan kapcai naked dual-sport paling meriah berbanding jiran Asean lain.

Honda XRM misalnya, ialah kapcai yang dihasilkan khas untuk pasaran Filipina saja. Diperkenalkan pada 2001 dengan enjin 110cc, kapasiti kapcai itu kini sudah berevolusi kepada 125cc. Asal XRM adalah daripada model Wave  yang ‘dibogelkan’ seperti gaya motard dan diberikan ciri off-road. Di Thailand, XRM dikenali sebagai Nice, tetapi lebih kepada tunggangan dalam bandar.

HONDA XRM125 MOTARD
HONDA XRM125 DS
HONDA XRM125 DSX

Kapcai naked dual-sport juga menjadi pilihan kerana praktikaliti ditawarkan selain mudah dan murah dibikin. Jangan lupa, Filipina adalah antara negara Asean yang mempunyai kategori sportbike khas, dipanggil ‘Pantra’ dengan frem kuat dan lasak bagi kegunaan golongan peniaga kecil dan sederhana di sana.

BACA >>> Pantra – Motosikal Jipang Jadi Keunikan Penunggang Filipina

Jika Hurricane sudah lama pupus di Malaysia, kapcai naked seperti XRM pula kekal popular hingga sekarang di Filipina. Menariknya, segmen kapcai naked di negara itu boleh dikatakan didominasi sepenuhnya Honda. Dalam produk Honda saja, ada 3 varian XRM ditawarkan, 125 Motard, 125 DS dan 125 DSX. Pesaing terdekat ialah Suzuki menerusi model Raider J115 Fi, manakala Yamaha langsung tidak menawarkan model kapcai naked dalam barisan produknya. Mungkin sudah menyerah kalah kepada Honda. Sebaliknya terus fokus kepada dirtbike.

HONDA RS125 Fi
SUZUKI RAIDER J115 FI

Populariti diraih XRM turut berjangkit kepada model supermoped Honda berenjin 150cc – RS150R (versi naked) dengan menampilkan 4 varian pilihan, termasuk satu model RS dengan enjin 125cc, iaitu RS125 Fi.

BACA >>> Honda RS150R di Asean – Beza Gaya dan Rupa, Mana Satu Lagi Cun?

Spesifikasi asas XRM 125 Motard ialah enjin 4-lejang OHC 125cc penyejukan udara, sistem bahan api karburetor, suspensi fork teleskopik (depan) dan absorber kembar (belakang), brek cakera (depan dan belakang), kuasa 9.4ps @ 7,500rpm, dan tork 10.4Nm @ 5,000rpm.

Terbaharu, model XRM dibekalkan teknologi Honda PGM-Fi seperti yang dapat kita lihat dalam video trailer di bawah:

Jom layan pula video Honda XRM 125 Fi (2018) baharu:

ASEAN Honda Honda Filipina Honda XRM Honda XRM 125 Kapcai kapcai naked kapcai naked dual-sport Moped motosikal PGM-FI roda2 tren underbone
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026

    1 Comment

    1. farouk on 22/06/2018 02:43

      cantik mcm sajat

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.