Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kalendar MotoGP 2020 Didedahkan, Aksi Mula di Sepanyol 19 Julai Ini
Auto Terkini

Kalendar MotoGP 2020 Didedahkan, Aksi Mula di Sepanyol 19 Julai Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KALENDAR MotoGP 2020 terkini sudah dikeluarkan dengan hanya 13 pusingan Eropah sahaja dimasukkan dalam jadual perlumbaan yang akan bermula 19 Julai hingga 15 November. Baki empat pusingan lagi, termasuk GP Sepang di Malaysia masih lagi dalam pemerhatian.

Seperti dijangka, kalendar baharu itu diselaraskan berikutan kelewatan disebabkan krisis wabak Covid-19. Ada lima litar akan menganjurkan perlumbaan secara double-header (dua pusingan utama di litar sama), menjadikan keseluruhan tujuh perlumbaan di Sepanyol daripada 13 perlumbaan keseluruhan dalam kalendar Eropah.

BACA >>> Rossi Seronok Dapat Nombor 7 Walaupun Tak Pernah Main Game MotoGP

AKSI MULA DI GP JEREZ

KALENDAR KEJUARAAN DUNIA MOTOGP 2020

Aksi pembukaan  MotoGP 2020 akan bermula di Jerez, Sepanyol pada 19 Julai sebelum pusingan kedua bersambung pada 26 Julai di litar sama. Kemudian setiap pasukan akan terbang ke Brno untuk GP Republik Czech sebelum melengkapkan dua pusingan perlumbaan di GP Austria, Red Bull Ring sepanjang Ogos nanti.

Disebabkan Litar Mugello tidak masuk jadual, Litar Misano akan  menjadi tuan rumah GP Itali untuk dua pusingan perlumbaan pada September, sebelum semua kru pasukan ke Circuit de Catalunya dalam bulan sama yang masing-masing berjarak masa selang seminggu.

Akhir sekali, lima minggu akhir berturut-turut antara 11 Oktober dan 15 November akan berlangsung di GP Le Mans (Perancis), disusuli dua pusingan perlumbaan di Motorland Aragon dan Valencia yang mana kedua-dua litar itu di Sepanyol.

Semua pusingan perlumbaan dalam kalendar baharu itu akan melengkapkan minimum 13 perlumbaan yang diperlukan musim ini dalam klasifikasi Kejuaraan Dunia FIM.

Buat masa ini, MotoGP tidak menolak kemungkinan menuju luar Eropah pada peringkat akhir tahun ini untuk berlumba di litar America (Amerika Syarikat), Termas de Rio Honda (Argentina), Chang (Thailand) dan Sepang (Malaysia) untuk bulan akhir, iaitu Disember.

Sementara itu, tarikh, acara dan kehadiran penonton adalah bergantung kepada situasi semasa Covid-19 dan persetujuan Kerajaan dan pihak berkuasa terlibat.

BACA >>> Casey Stoner Tarik Diri Jadi Penunggang Uji Honda Sebab Marquez Tak Suka?
BACA >>> Keputusan Rossi ke Petronas Yamaha SRT Diketahui Sebelum Aksi Jerez Bulan Depan

 

View this post on Instagram

 

Ya tenemos calendario oficial 2020! 😃 Con ganas de volver a los circuitos y que empiece la acción! ✊🏼 Revised 2020 Calendar! Eager to come back to the circuits and start the action! ✊🏼

A post shared by Marc Márquez (@marcmarquez93) on Jun 11, 2020 at 3:55am PDT


SUMBER: VisorDown

Auto Terkini Dorna Jadual Baharu MotoGP 2020 Jadual MotoGP 2020 MotoGP 2020
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    By Abang Hirata23/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.