• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Seronok Dapat Nombor 7 Walaupun Tak Pernah Main Game MotoGP

Rossi Seronok Dapat Nombor 7 Walaupun Tak Pernah Main Game MotoGP

April 15, 2020 By Aryon Leave a Comment

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEGENDA hidup lagi ulung, kekanda Valentino Rossi menganggap pengalaman bermain permainan video secara atas talian sebagai sesuatu yang sangat pelik, tetapi seronok kerana dapat berentap dengan rakan pelumba lain.

Rossi, 41, pernah diumumkan sebagai antara pelumba yang akan menyertai permainan MotoGP Virtual Race berikutan perintah berkurung yang dilaksanakan banyak negara dunia akibat penularan wabak Covid-19. Namun, beliau menarik diri daripada aksi pusingan pertama itu.

Bagaimanapun, beliau kembali untuk bersaing dalam pusingan kedua yang memerlukan pelumba melengkapkan 10 lap di litar Red Bull Ring dalam permainan video MotoGP19.

BACA >>> Alex Marquez Juara Pusingan Pertama Perlumbaan Virtual MotoGP di Itali

Rossi boleh dikatakan pelumba paling kurang pengalaman dalam permainan video apabila sekadar menamatkan pusingan kelayakan di kedudukan terakhir, iaitu ke-10. Namun, beliau bangkit memberikan tentangan apabila berentap sengit dengan rakan pelumba, Danilo Petrucci dalam saingan tempat keenam.

Bagaimanapun, juara dunia sembilan kali itu terbabit kemalangan yang menyebabkan dia terpaksa berpuas hati di kedudukan ketujuh. Dalam aksi pusingan kedua itu, Francesco Bagnaia menjadi juara MotoGP Virtual Race, mengatasi pencabar Maverick Vinales yang juga rakan pasukan Rossi.

Katanya;

Race MotoGP kat PlayStation memang pelik sangat bak hang! Ini pengalaman baru bagi aku. Aku sukan main online dengan kawan-kawan, tapi aku lagi power dengan game empat tayar."

virtual-race-motogp-round2-2020-2
virtual-race-motogp-round2-2020-3
virtual-race-motogp-round2-2020

NASIHAT ROSSI KEPADA PEMINAT

Rossi turut mengambil kesempatan menasihatkan semua peminat MotoGP supaya mematuhi arahan pihak berkuasa kesihatan dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19 dan  keadaan dapat pulih seperti sediakala.

Buat masa ini, MotoGP 2020 dijadualkan bersambung pada 21 Jun nanti dengan GP Jerman akan menjadi litar pembukaan pertama untuk kelas premier. Bagaimanapun, ia masih bergantung kepada perkembangan semasa pandemik yang mungkin memaksa jadual dirombak dan ditangguhkan.

Aku harap semua peminat MotoFP tenang-tenang. Kita perlu terus hormat peraturan kuarantin, kita perlu duduk kat rumah supaya kita boleh kembali kepada kehidupan normal secepat mungkin," katanya.

MotoGP belum menetapkan tarikh dan senarai pelumba yang akan terlibat dalam aksi pusingan ketiga MotoGP Virtual Race. Pusingan berikut dijangka berlangsung dua minggu lagi yang kebetulan bertembung dengan pelancaran permainan video MotoGP baharu.

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Games MotoGP2, MotoGP Virtual Race, permainan video, PlayStation, roda2, The Doctor, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my