• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Alex Marquez Juara Pusingan Pertama Perlumbaan Virtual MotoGP di Itali

Alex Marquez Juara Pusingan Pertama Perlumbaan Virtual MotoGP di Itali

March 30, 2020 By AI Leave a Comment

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMALAM, Dorna menganjurkan perlumbaan virtual MotoGP menggunakan platform permainan video keluaran Milestone MotoGP19 dengan membariskan pemain daripada kalangan pelumba MotoGP.

Keputusannya, pasukan Repsol Honda menerusi Alex Marquez menjuarai permainan lumba itu, sekali gus mengalahkan sembilan pelumba MotoGP lain, termasuklah abangnya sendiri Marc Marquez.

Permainan virtual itu menjadikan Litar Mugello, Itali sebagai trek lumba dan turut menggunakan kamera web untuk siaran langsung yang mana pelumba saling berkomunikasi sesama sendiri.

BACA >>> Zarco Pegang Rekod Pelumba MotoGP 2019 Paling Banyak Kemalangan

Selain Alex, Francesco Bagnaia (Alma Pramac Racing) menduduki tempat kedua walaupun sempat terbabas, manakala Maverick Vinales tempat ketiga.

Alex nyata gembira dengan keputusan tersebut walaupun perlumbaan berlangsung hanya enam pusingan. Menurutnya, dia memberikan fokus penuh untuk mengurangkan kesilapan.

“Aku sangat enjoy dan penonton juga seronok dan harap semua orang patuh nasihat doktor dan Kerajaan hingga kita kembali dapat hidup normal, berjumpa rakan dan keluarga, dan menikmati dunia luar serta kembali berlumba," katanya.

Perlumbaan Virtual MotoGP_2
Perlumbaan Virtual MotoGP_3
Perlumbaan Virtual MotoGP_6

Sementara itu, Marc mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas kemenangan adiknya itu.

“Aku tahu masa kami main bersama, dia memang laju dan bekerja dengan baik. Tentu saja aku nak lebih baik berbanding tempat kelima, tetapi keputusan itu tidaklah teruk sangat dan sebagai pasukan kami dah buat dengan baik.

"Sekarang kami nak ride dan berlumba kembali kat litar sebab itu bermaksud situasi dunia sudah lebih baik, tetapi pertama sekali, kita harus menang dalam pertempuran dengan virus corona. Kekal selamat semuanya,” katanya.

BACA >>> Ezpeleta Beri Sebab Kenapa Kawasaki Tidak Boleh Masuk MotoGP Guna Wild Card?

Perlumbaan virtual kedua MotoGP akan diadakan bulan depan pada 12 April 2020 dan khabarnya ada beberapa pelumba lain bakal turut serta! Jika mahu menonton perlumbaan virtual tersebut, sila klik MotoGP.

BACA >>> Pelumba MotoGP Bakal Berentap dalam Permainan Video

KEPUTUSAN PEMENANG PERLUMBAAN VIRTUAL MOTOGP

  1. Alex Marquez
  2. Francesco Bagnaia
  3. Maverick Vinales
  4. Fabio Quartararo
  5. Marc Marquez
  6. Alex Rins
  7. Joan Mir
  8. Miguel Oliveira
  9. Iker Lecuona
  10. Aleix Espargaro
117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, Alex Marquez, Kejuaraan Dunia MotoGP, Marc Marquez, Maverick Viñales, MotoGP, MotoGP Virtual Race, Repsol Honda Team, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my