• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Pelumba MotoGP Bakal Berentap dalam Permainan Video

Pelumba MotoGP Bakal Berentap dalam Permainan Video

March 26, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

FacebookTwitter

PADA Ahad ini, Dorna bakal menganjurkan perlumbaan virtual MotoGP menggunakan platform permainan video keluaran Milestone MotoGP19 yang mana pemain terdiri daripada barisan pelumba MotoGP.

Setakat kini ada 10 peserta lumba bersetuju berlumba di trek digital Litar Mugello yang setiap orang perlu melengkapkan keseluruhan enam lap, berserta 5 minit sesi kelayakan (qualifying) dan mod time attack.

Berikut barisan pelumba MotoGP yang turut serta:

  • Pasukan Repsol Honda: Marc Marquez, Alex Marquez
  • Monster Energy Yamaha MotoGP: Maverick Viñales
  • Aprilia Racing Team Gresini: Aleix Espargaro
  • Pasukan Suzuki Ecstar: Alex Rins, Joan Mir
  • Petronas Yamaha SRT: Fabio Quartararo
  • Red Bull KTM Tech 3: Iker Lecuona, Miguel Oliveira
  • Pramac Racing: Francesco Bagnaia

BACA >>> Ezpeleta Beri Sebab Kenapa Kawasaki Tidak Boleh Masuk MotoGP Guna Wild Card?

MotoGP Virtual Game_3
MotoGP Virtual Game_2
MotoGP Virtual Game_6

Kekanda tercinta, Valentino Rossi asalnya mahu turut serta, tetapi kemudian menarik diri dan tidak pula dimaklumkan alasannya. Namun, Vinales masih ada sebagai wakil Yamaha bersama Fabio Quartararo dan duo Marquez. Ducati pula tidak menghantar wakil dalam senarai.

Seluruh pertandingan termasuk sesi kelayakan akan mula disiarkan serentak bermula jam 3 petang (GMT+2), Ahad nanti dan dapat disaksikan menerusi laman MotoGP, Esport MotoGP dan beberapa siaran TV serta platform media sosial seperti YouTube.

BACA >>> Covid-19: Laman Web Rasmi MotoGP Beri Akses Percuma Tonton Arkib Video

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, Dorna, Honda, Kejuaraan Dunia MotoGP, Marc Marquez, MotoGP, permainan video, roda2, Valentino Rossi, video game, Yamaha

Comments

  1. Jan says

    March 27, 2020 at 9:32 AM

    rossi takut kalah ke 😀

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev