Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Toyota Prius Jadi Jenama Kereta Paling Banyak Kemalangan di UK
Auto Terkini

Kajian: Toyota Prius Jadi Jenama Kereta Paling Banyak Kemalangan di UK

Han OthmanBy Han Othman15/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Prius dinamakan sebagai model kereta paling banyak mengalami kemalangan di Britain, melibatkan 111 kemalangan daripada setiap 10,000 unit atas jalan, manakala Vauxhall menjadi jenama kereta paling banyak terbabit kemalangan.

Data GoCompare mendedahkan daripada kira-kira 71,000 Prius berdaftar di Britain pada 2016, ada 787 kemalangan direkodkan melibatkan model sama pada tahun sama. Kedudukan kedua ialah Citroen Saxo dengan rekod 106 kemalangan daripada setiap 10,000 unit, manakala BMW 330d di tempat ketiga, iaitu 102 kes darpada 10,000 unit.

Dari segi keseluruhan jenama, Vauxhall ialah jenama paling kerap mengalami kemalangan jalan raya. Daripada 3.6 juta model jenama itu yang didaftarkan di Britain pada 2016, sebanyak 22,490 kemalangan direkodkan, iaitu 62 kes daripada 10,000 unit.

BACA >>> Kajian: Jalan Raya UK Paling Selamat di Eropah

Daewoo dan SEAT pula di kedudukan kedua sebagai jenama paling banyak kemalangan, dengan kadar 60 kemalangan bagi setiap 10,000 unit jenama masing-masing.

PELUMBA MATANG CENDERUNG KEMALANGAN?

Walaupun demografik mendakwa pemandu muda lebih kerap terbabit kemalangan,tetapi data GoCompare menunjukkan hasil sebaliknya. Umur antara 26-35 tahun ialah usia pemandu paling banyak mengalami kemalangan di Britain, melibatkan 23.94 peratus daripada semua kes sepanjang 2016.

Dari segi lokasi dan kawasan kemalanga, London menjadi tempat paling berbahaya di Britain dengan rekod 101 kemalangan daripada 10,000 kereta di ibu kota itu. Malah, dalam bandar raya London itu sendiri mencatatkan 1,200 kes kemalangan bagi setiap 10,000 kereta pada 2016.

BACA >>> Kajian: 80 Peratus Pemandu Wanita Berumur Tidak Beri Signal di Simpang

Tempat kedua jatuh kepada Yorkshire dan Humber dengan 47 kemalangan bagi setiap 10,000 kereta. Sementara itu,  jalan raya A4 di London Tengah menjadi jalan raya paling teruk mencatatkan kes kemalangan, iaitu 705 kes sepanjang 2016.

KEMALANGAN PALING BANYAK DI ZON HALAJU RENDAH

Jika anda fikir memandu laju sebagai punca utama kemalangan, tetapi faktanya, 79,569  kes kemalangan berlaku dalam zon had laju 50kmj (30mph), hampir 10 kali ganda daripada jalan raya dengan zon had laju 115kmj (70mph). Zon kedua paling banyak mencatatkan kes kemalangan ialah di zon had laju 100kmj (50mph), iaitu 16,723 kes kemalangan sepanjang 2016.

BACA >>> Kajian: Ramai Pemandu Silap dan Keliru Tentang Simbol Teknologi Moden Kereta

Apakah agaknya statistik kemalangan di Malaysia jika data sama dilakukan? Malangnya, kita tiada badan khas sama ada Kerajaan atau bukan Kerajaan yang melakukan kajian spesifik dan pelbagai tentang kemalangan jalan raya negara ini

SUMBER: AutoExpress

Auto Terkini Britain Daewoo GoCompare kajian Kereta Paling Banyak Kemalangan Seat Toyota Prius UK Vauxhall
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.