Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Pekerja Syif Malam Berisiko Kemalangan 3 Kali Ganda Tinggi Berbanding Biasa
Auto Terkini

Kajian: Pekerja Syif Malam Berisiko Kemalangan 3 Kali Ganda Tinggi Berbanding Biasa

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEKERJA secara syif sama ada sebelah siang atau malam bukanlah sistem baharu. Namun, apa dialami pekerja syif malam abad ke-21 ini mungkin tidak sama seperti mereka yang bekerja zaman dahulu, iaitu risiko tinggi terbabit kemalangan.

Risiko itu, yang dipanggil Gangguan Tidur Kerja Syif (Shift Work Sleep Disorder, SWSD),  biasanya dialami mereka yang bekerja syif malam dan bukan waktu biasa pada sebelah siang (9 pagi ke 5 petang).

Berdasarkan Klinik Cleveland, sekitar 20 peratus pekerja di Amerika Syarikat (AS) perlu bekerja mengikut syif. Sebanyak 10-40 peratus pekerja itu mungkin mengalami gangguan tidur.

Secara kasar, ada sekurang-kurangnya 2.5 juta pekerja berpotensi menghidapi SWSD, iaitu gangguan yang menyebabkan seseorang itu sukar hendak menyesuaikan jadual tidur/bangun yang berbeza. Ini secara langsung menyukarkan mereka tidur pada masa yang dimahukan.

Saintis di Universiti Missouri, Praveen Edara dan Carlos Sun cuba mengkaji kebolehan memandu seseorang pekerja apabila jam badan (body clock) mereka diganggu SWSD.

Berdasarkan data diperoleh Program Penyelidikan Lebuh Raya Strategik, penghidap SWSD berisiko tiga kali ganda terbabit kemalangan (atau hampir kemalangan) berbanding mereka yang tiada gangguan tersebut. Gangguan tidur lain seperi apnea dan insomnia pula menyebabkan 30 peratus risiko kemalangan lebih besar. 

Salah seorang saintis, Edara berkata, magnitud peningkatan risiko terhadap pemandu yang mengantuk adalah sangat membimbangkan.

Menurut laporan Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), sebanyak 91,000 kemalangan melibatkan pemandu mengantuk direkodkan, yang melibatkan 50,000 kecederaan dan hampir 800 kematian. Bagaimanapun, masih belum jelas kenapa SWSD memberi risiko lebih besar terhadap keselamatan berbanding gangguan tidur lain. 

Sebenarnya, ada cara untuk mengurangkan risiko kemalangan, dan salah satunya adalah mendapatkan rehat (tidur) mencukupi sebelum memandu. Pekerja juga dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam jika ada.

BACA >>> Kajian: Kenapa Ramai Pemandu Tak Guna Signal Belok?
BACA >>> Kajian: Bahan Api Hidrogen Bukanlah Bahan Api Baharu yang Baik

SUMBER: Car and Driver | Safety Science

amnesia Gangguan Tidur Kerja Syif (SWSD) kajian NHTSA night shift worker pekerja Shift Work Sleep Disorder sleeping disorder SWSD university of missouri
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.