Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kajian: Kereta e-Hailing Lebih Kotor daripada Mangkuk Tandas
Autotainment

Kajian: Kereta e-Hailing Lebih Kotor daripada Mangkuk Tandas

Han OthmanBy Han Othman17/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KALAU anda fikir perkhidmatan perkongsian kereta atau e-hailing sebagai mod pengangkutan paling bersih, anda mungkin perlu berfikir dua kali selepas ini.

Satu kajian dijalankan laman web beli-belah insurans, NetQuote yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mendapati perkhidmatan tersebut memiliki lebih banyak bakteria berbanding tandas!

Kajian dilakukan bagi mengenal pasti kekotoran relatif pada kereta e-hailing, kereta sewa, dan teksi dengan cara ujiqn calitan pada bahagian kabin seperti suis tingkap kuasa, tali keledar, stereng, tombol gear, dan hendal pintu. Kereta yang diuji juga dipilih secara rawak. Ia bagi mengesan nombor unit pembentukan koloni (CFU), iaitu unit ukuran bagi menentukan kehadiran kumpulan bakteria untuk membiak dan berkembang sebagai koloni kecil.

BACA >>> Syarikat e-Hailing Terbesar China Tutup Operasi Kongsi Kereta Susulan Kes Bunuh, Rogol

SUIS TINGKAP PALING BANYAK BAKTERIA

Keputusan diperoleh ujian makma menunjukkan kereta e-hailing paling teruk apabila mengumpul 5 juta CFU/inci.persegi pada suis tingkap kuasa, dan lebih 1 juta CFU/inci persegi pada tali keledar. Bagaimanapun, hendal pintu kereta secara relatifnya bersih pada purata 1,810 CFU/inci.persegi.

Dalam hal lain, tempat duduk pada mangkuk tandas hanya memiliki 171 CFU/inci persegi, iaitu jauh lebih bersih daripada kabin kereta e-hailing. Sebaliknya, pemegang berus gigi boleh mengumpul lebih 2 juta CFU/inci.persegi.

Sudah tentu ada memberikan alasan bakteria yang dikira itu mungkin termasuk spesies baik juga, atau banyak bakteria bukanlah bermakna kereta itu jadi lebih berbahaya. Namun, risiko penularan penyakit adalah berisiko tinggi dengan jumlah bakteria yang banyak tanpa mengira bakteria itu baik atau jahat.

BACA >>> Grab Malaysia Kuat Kuasakan Caj Pembatalan 25 Mac Ini, 100 Peratus Milik Pemandu

APA PERLU BUAT?

Sementara itu, teksi memiliki purata bakteria 27,000 CFU/inci.persegi, dengan tali keledar menjadi tempat paling kotor. Fakta ini bukanlah bermakna anda perlu mengelak memakai tali keledar. Bagi kereta sewa pula, kajian mendapati lebih 100 juta CFU/inci.persegi dengan stereng dan tombol gear sebagai bahagian paling kotor.

Jadi apa perlu anda buat? Sebagai permulaan, salah satu cara ialah anda mungkin perlu mengelap bahagian yang anda akan bersentuhan. Sabar je la kalau kena jeling dengan drebar. 😅

BACA >>> Perkhidmatan Perkongsian Kereta GoCar Kini di 100 Stesen Shell Terpilih

Bakteria kajian Kajian NetQuote Kereta e-Hailing Kereta Sewa NetQuote Perkhidmatan e-Hailing Teksi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

28/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.