Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Jenama China Jejas Pasaran SUV Mazda di Malaysia
Auto Terkini

Kajian: Jenama China Jejas Pasaran SUV Mazda di Malaysia

SyafieBy Syafie04/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERSAINGAN sengit daripada jenama automotif China seperti Chery, Jaecoo, dan BYD memberi tekanan besar terhadap Bermaz Auto Bhd (BAuto) dengan pegangan pasaran Mazda di Malaysia merosot daripada 2.4 peratus pada 2023 kepada 1.8 peratus  pada 2024.

Jualan Mazda turun 24 peratus sepanjang tahun lalu, disebabkan peningkatan saingan daripada jenama China yang menawarkan harga lebih kompetitif, terutama dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV).

Logo Chery
Logo

Model seperti Chery Omoda 5, Jaecoo J7, dan BYD Atto 3 yang dijual antara RM100,000 hingga RM160,000, menarik lebih ramai pembeli berbanding Mazda CX-5 yang lebih mahal (RM145,000 hingga RM195,000). Malah jenama China meningkatkan pegangan pasaran mereka daripada 1 peratus pada 2023 kepada 3.5 peratus pada 2024.

Bagi menghadapi cabaran ini, BAuto merancang melancarkan lebih banyak model baharu, termasuk tiga model kenderaan elektrik (EV) jenama Deepal pada 2025.

Model Xpeng G9 (foto atas kiri) dan Mazda CX-60 juga dijangka dilancarkan dalam tempoh sama. Walaupun prestasi BAuto dijangka terus mencabar pada 2025, firma penyelidikan CGS International meramalkan pendapatan akan pulih pada 2026 dengan pelancaran model baharu.

CSG menurunkan unjuran pendapatan BAuto untuk 2025-2027 sebanyak 10 hingga 26 peratus, tetapi mengekalkan saranan ‘Tambah’ pada saham BAuto dengan harga sasaran RM2.30, berdasarkan potensi pemulihan jualan dan pertumbuhan pendapatan jangka sederhana. Risiko utama termasuk penurunan kuasa beli pengguna dan persaingan ketat daripada jenama China.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Bermaz Auto Berhad (Bermaz Auto) Kenderaan Jenama China Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) mazda
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.