Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Jalan Raya UK Paling Selamat di Eropah
Auto Terkini

Kajian: Jalan Raya UK Paling Selamat di Eropah

Han OthmanBy Han Othman06/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JALAN raya di Britain disahkan memiliki rekod keselamatan terbaik di Eropah, menurut kajian baharu didedahkan Suruhanjaya Eropah (EC).

Laporan statistik keselamatan jalan raya 2018 mendapati Britain cuma mencatatkan 28 kemalangan maut bagi setiap 1 juta penduduk sepanjang tahun lalu, yang juga paling rendah berbanding negara Kesatuan Eropah (EU) lain. Selain Britan, negara Eropag lain yang turut mencatatkan angka kematian akibat kemalangan jalan raya terendah ialah Denmark dan Ireland.

Sebaliknya, jalan raya paling bahaya di Eropah ialah Romania, Bulgaria dan Latvia. Negara EU yang menunjukkan penurunan angka kematian jalan raya ialah Slovenia (13 peratus), Lithuania (11 peratus), Bulgaria (9 peratus), Slovakia (8 peratus) dan Cyprus (8 peratus).

BACA >>> Kajian: Penunggang Motosikal Paling Kurang Stres Atas Jalan

Statistik didedahkan itu ialah berdasarkan tempoh kajian bermula 2010 hingga 2018. Greece mencatatkan penuruan terbanyak kematian jalan raya, iaitu 45 peratus, diikuti Lithuania (43 peratus), Portugal (35 peratus), dan Slovenia (34 peratus), manakala angka penurunan keseluruhan negara EU ialah 21 peratus.

MASIH JAUH DARI SASARAN?

Walaupun mencatatkan angka positif, tetapi faktanya, kira-kira 25,000 pengguna jalan raya maut di Eropah sepanjang tahun lalu. Ini bermakna masih banyak lagi perlu dilakukan EU yang mensasarkan mengurangkan separuh daripada jumlah kematian jalan raya 2010 menjelang 2020 nanti, termasuk misi kematian sifar atau kecederaan serius menjelang 2050.

Berita itu seiring dengan pengumuman EU yang menetapkan semua kereta baharu dilengkapkan pengehad halaju, termasuk ciri keselamatan kenderaan lain menjelang 2020, dan Britain turut bersedia melakukan peraturan sama walaupun memutuskan untuk tidak lagi berada dalam famili EU.

EU komited untuk mengurangkan jumlah kematian di jalan raya Eropah dengan menggesa ahli kesatuan menambah baik pengurusan keselamatan infrastruktur, termasuk melancarkan Platform Pengangkutan Selamat (STP) yang berfungsi menyediakan bantuan teknikal dan nasihat berhubung pilihan dana dan kewangan untuk pelaburan dalam keselamatan pengangkutan.

BACA >>> Kajian: Remaja Britain Tidak Mampu Bayar Lesen Memandu (Mahal Sangat!)

Bursa Keselamatan Jalan Raya EU (EURSE) turut ditubuhkan untuk membangunkan perkongsian antara profesional keselamatan jalan raya di negara Eropah berbeza dan menangani masalah keselamatan jalan raya spesifik yang menerusi aktiviti berterusan.

SUMBER: AutoExpress

Auto Terkini Britain Jalan Raya UK Paling Selamat 2018 kajian Kesatuan Eropah (EU) Suruhanjaya Eropah (EC) UK
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.