Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kajian: 5 Situasi Atas Jalan yang Kerap Buat Penunggang Motosikal Kemalangan
Autotainment

Kajian: 5 Situasi Atas Jalan yang Kerap Buat Penunggang Motosikal Kemalangan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU kajian dilakukan Persatuan Diraja untuk Pencegahan Kemalangan (RoSPA) di Britain mendedahkan lima situasi yang berisiko menyebabkan penunggang motosikal terbabit kemalangan sama ada akibat kecuaian sendiri, pengguna jalan raya lain atau kondisi jalan.

Walaupun kajian dilakukan melibatkan penunggang motosikal di negara Eropah itu, keputusan diperoleh tetap relevan untuk dikongsikan dengan penunggang Malaysia juga. Boleh dikatakan semua situasi disenaraikan itu memang berbahaya buat penunggang tanpa mengira negara.

Menunggang motosikal memerlukan kemahiran tersendiri yang perlu dilatih dan dipertingkat. Perkara paling utama yang harus dilakukan adalah elakkan menunggang dalam keadaan marah, mengantuk atau fikiran terganggu.

1. SELEKOH JALAN

  • Ramai penunggang kerap terbabas di selekoh, terutama di kawasan pedalaman (dipanggil jalan kampung) yang kebanyakan jalan dalam lalu lintas dua hala. Kajian mendapati ramai penunggang kurang berpengalaman menunggang di laluan berselekoh dan jalan kampung.
  • Pandangan penunggang di laluan berselekoh juga kerap terhalang dengan objek sekeliling seperti pokok, permukaan jalan berbatu, berpasir atau tidak rata, dan berbukit. Semua halangan itu menyebabkan penunggang gagal mengagak dan mengesan risiko bahaya yang muncul dari arah bertentangan.

2. SIMPANG JALAN

  • Penunggang motosikal perlu beri lebih perhatian di lokasi simpang tiga atau empat walaupun ada lampu isyarat. Sebahagian besar pemandu akan beri keutamaan dan ruang kepada penunggang untuk bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau. Jadi tidak perlu tergesa-gesa.
  • Kadangkala motosikal terlindung kenderaan lain lebih besar seperti lori, atau bas, sekali gus menyebabkan mereka gagal mengesan kehadiran penunggang.
  • Penunggang dinasihatkan tidak berhenti di kawasan titik buta kenderaan lain.

BACA >>> #Videotomotif: Nahas Simpang Tiga – Contoh Kesilapan Klasik Penunggang Motosikal

 3. KETIKA MEMOTONG

KERAJAAN bercadang melarang pengguna motosikal menggunakan lorong laju atau memotong di lebuh raya.

  • Penunggang perlu bijak menganggarkan jarak dan lokasi sebelum memotong, masa diperlukan untuk menambah kelajuan dan ruang masuk semula ke laluan asal selepas memotong. Tiga perkara ini perlu dinilai secepat mungkin sebelum memotong.

4. TUNGGANG LAJU

  • Keadaan paling berbahaya adalah menunggang laju antara barisan kereta, atau memotong di laluan sempit. Kecuaian ini boleh mengundang maut.
  • Penunggang juga perlu pantas mengimbas persekitaran, termasuk mengesan kehadiran pejalan kaki, penunggang basikal atau pemandu yang mungkin membuka pintu secara tiba-tiba.

5. JALAN RAYA TERUK

  • Persekitaran dan kondisi jalan raya juga boleh menyebabkan penunggang kemalangan walaupun situasi ini tiada kaitan dengan skil menunggang.
  • Jadi, penunggang perlu bijak mengimbas kondisi jalan sama ada berpasir, berlubang, tidak rata, kehadiran objek atas jalan atau jalan licin terutama jika ada tumpahan minyak atau menunggang selepas hujan.
  • Jika menungganng dalam mana-mana situasi tersebut, penunggang dinasihatkan memperlahankan motosikal.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Pilih Helmet yang Padan Ikut Saiz Kepala
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Tukar Minyak Enjin Motosikal dengan Betul

SUMBER: MotoIT | RoSPA | Telangana | Wallpaperflare

autotainment kemalangan kesilapan tipikal penunggang baru motosikal penunggang baru Persatuan Diraja untuk Pencegahan Kemalangan (RoSPA) riding tips
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.