Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Q3 2023 Perodua Naik 28.3 Peratus, Bezza Kekal Terlaris
Auto Terkini

Jualan Q3 2023 Perodua Naik 28.3 Peratus, Bezza Kekal Terlaris

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize27/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERODUA mencatatkan kenaikan 28.3 peratus dalam jualan suku ketiga tahun ini kepada 88,537 unit berbanding 69,011 unit yang dicatatkan dalam suku yang sama pada 2022 berikutan faktor pengeluaran yang bertambah baik.

Kecekapan operasi yang lebih baik di bahagian pengeluaran telah menyaksikan 91,528 unit kenderaan dihasilkan, iaitu kenaikan sebanyak 21.7 peratus berbanding 75,196 unit pada suku sama tahun lalu.

Tahun ini, pengeluar kereta kompak itu telah menghasilkan 245,341 unit kenderaan sehingga September lalu atau peningkatan sebanyak 18.6%  daripada 206,837 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, Suku ketiga 2023 menjadi titik mula bagi Perodua untuk meningkatkan pengeluaran bulanan melebihi 30,000 unit setiap bulan memandangkan kapasiti bekalan bahan mentah dan alat ganti yang mencukupi bagi memenuhi permintaan.

Tambahnya, jangkaan jualan dan pengeluaran Perodua pada suku keempat tahun ini dijangka menjadi yang tertinggi dalam sejarah syarikat itu.

Pendaftaran terkini Perodua adalah sebanyak 233,227 unit dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 196,354 unit yang dijual dalam tempoh sama tahun lalu.

Daripada 233,227 unit yang telah didaftarkan itu, model Perodua terbanyak yang dijual sehingga September 2023 adalah Perodua Bezza, diikuti oleh Perodua Axia dan Perodua Myvi.

Tambah Zainal, perkembangan positif ini telah membantu Perodua menambahbaik kapasiti pengeluaran dan memendekkan tempoh penghantaran kenderaan kepada pelanggan.

Kami juga terus komited untuk mengurangkan tempoh menunggu pelanggan kami. Kami yakin bermula Januari 2024 ke atas, tempoh menunggu akan dapat diuruskan dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, bagi perbandingan bulan ke bulan, Perodua telah menjual 28,995 unit kenderaan pada bulan September 2023, kenaikan sebanyak 17.7 peratus daripada 24,626 pada September 2022.

Manakala dalam pengeluaran, Perodua telah menghasilkan 31,447 kenderaan pada September 2023, peningkatan sebanyak 8.2% daripada 29,077 unit pada September tahun lalu.

Berdasarkan angka tersebut, Perodua masih di dalam landasan untuk mencapai sasaran pendaftaran mereka tahun ini, iaitu 314,000 unit.

BACA >>> Perodua Mahu Hasilkan EV Versi CKD Bawah RM100k?
BACA >>> Sime Darby Peroleh 61.2 Peratus Saham dalam UMW Holdings, Termasuk Toyota, Perodua

axia Bezza jualan suku ketiga Myvi Perodua Bezza Q3
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.