Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Tanya Apa Susah Sangat Ambil Lesen Memandu?
Auto Terkini

JPJ Tanya Apa Susah Sangat Ambil Lesen Memandu?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SETIAP kali pihak berkuasa membuat sekatan jalan raya (SJR) dan operasi membabitkan penunggang motosikal, pasti ada saja yang ditahan kerana melakukan kesalahan sama.

Begitulah dialami Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang melakukan operasi khas motosikal pada cuti sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Dua operasi sama diadakan di Perai yang melibatkan lebih 1,000 motosikal mengikut pecahan operasi seperti berikut:

8 Julai 2022
  • 451 motosikal diperiksa
  • 161 motosikal dikenakan 184 notis saman
13 Julai 2022
  • 551 motosikal diperiksa
  • 112 motosikal dikenakan 168 notis saman

Antara kesalahan dilakukan adalah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau road tax tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, nombor plat fancy dan ekstrem, tiada cermin sisi, ubah suai ekzos, menanggalkan brek belakang dan tidak mempamerkan pelekat P.

Apa menarik perhatian, dua penunggang motosikal berkuasa sederhana tinggi ditahan kerana menunggang tanpa lesen memandu.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/07/Motosikal-Besar-Tiada-Lesen.mp4

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa meluahkan rasa kecewa dengan sikap dua penunggang tersebut yang tanpa rasa bersalah menunggang tanpa lesen. Apatah lagi sanggup berbelanja puluhan ribu demi memiliki motosikal berkuasa sederhana tinggi itu.

Adenan dipetik HMetro berkata;

Apabila disoal siasat, penunggang berusia 20-an memaklumkan dia menunggang motosikal berkenaan dari Kuala Ketil, Kedah untuk pergi ke tempat kerja di bahagian Pulau, negeri ini.

“Penunggang berusia 30-an menunggang motosikal dari Sungai Petani untuk membawa isteri menikmati juadah makanan.

“Lebih mengecewakan mereka bukan saja tiada lesen kelas B untuk mengendalikan motosikal berkuasa tinggi, bahkan tidak mempunyai lesen kelas B2 dan D yang ini menunjukkan mereka tidak kisah langsung kepada undang-undang.”

Beliau berkata lagi, ramai penunggang tidak memiliki lesen memandu sah akan bergerak secara berkumpulan atau konvoi sebagai strategi mengaburi mata penguat kuasa.

Kita dapati penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen memandu akan bergerak secara konvoi (berkumpulan) untuk elak diri ditahan.

“Mengapa susah sangat buat lesen memandu hingga sanggup bayar saman sedangkan ia satu tindakan yang merugikan kerana membabitkan keselamatan diri?”

Operasi selama empat hari itu menyaksikan JPJ mengeluarkan 1,005 saman atas pelbagai kesalahan.

BACA >>> Kementerian Beri 100 Kiosk Baharu untuk JPJ Tahun Ini
BACA >>> #TahukahAnda: Berapakah Jenis Lesen Memandu di Malaysia?
BACA >>> 30 Jun Ini Hari Akhir Perbaharui Lesen Memandu Tamat Tempoh

SUMBER: JPJ Pulau Pinang | Harian Metro

Benelli TRK 502 Isu Keselamatan Jalan Raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) roda2 saman jpj Tiada Lesen Memandu
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.