Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Tangkap Tiga Ulat di KLIA2, Sita HR-V dan Alza
Auto Terkini

JPJ Tangkap Tiga Ulat di KLIA2, Sita HR-V dan Alza

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIGA individu ditangkap kerana dipercayai ‘ulat’ yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram di Terminal KLIA 2.

Tangkapan dibuat petugas Stesen Penguatkuasa KLIA selepas melakukan intipan dan pemantauan di terminal berkenaan yang turut menyaksikan tiga kenderaan disita untuk tindakan lanjut.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor dalam satu perkongsian di Facebook mendakwa tiga kenderaan itu ialah sebuah Honda HR-V dan dua unit Perodua Alza.

Siasatan awal mendapati ‘ulat’ berkenaan mengenakan tambang kepada pelancong bukan warganegara dengan kadar antara RM65 hingga RM200 untuk perjalanan dari KLIA 2 ke beberapa lokasi di Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan Genting Highland yang akan dibayar apabila tiba di destinasi.”

Kenyataan itu juga memaklumkan mana-mana individu terlibat yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010) yang memperuntukkan:

  • Denda tidak melebihi RM50,000 atau;
  • Penjara selama tempoh tidak lebih 5 tahun atau;
  • Kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Malah sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti ‘ulat’ juga boleh didakwa di bawah Seksyen 243(1) di bawah akta sama.

JPJ menasihatkan orang awam supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan di KLIA, KLIA 2 atau membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing.

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selango Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010) Stesen Penguatkuasa KLIA Terminal KLIA 2 ulat kereta sewa
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    JETOUR T1 Rasmi Dilancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM129,800!

    23/07/2026
    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.