Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Pulau Pinang Serbu 5 Bengkel Ubah Suai Motosikal Haram, Keluar 66 Saman
Auto Terkini

JPJ Pulau Pinang Serbu 5 Bengkel Ubah Suai Motosikal Haram, Keluar 66 Saman

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize03/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 66 notis saman terhadap lima bengkel motosikal yang menawarkan khidmat ubah suai motosikal secara haram sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya negeri itu dalam usaha membanteras kegiatan lumba haram.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa berkata, semua bengkel tersebut diserbu dalam Ops Bengkel dengan 24 unit motosikal didapati melakukan pelbagai kesalahan ubah suai tanpa kebenaran.

66 notis saman dikeluarkan melibatkan 30 kesalahan ubah suai seperti memasang tayar sotong, mengubah swing arm dan lain-lain,” kata Adenan.

Kredit foto: Berita RTM

Ops Bengkel selama dua jam itu bermula jam 1 tengah hari yang melibatkan 120 pegawai dan anggota JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Adenan berkata, saman dikeluarkan di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 59 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pengusaha bengkel diarahkan membetulkan semula motosikal yang diubah suai kepada standard.

JPJ Pulau Pinang menasihati pemilik bengkel supaya menghentikan kerja mengubah suai motosikal secara haram bagi mengekang kegiatan mat rempit dan lumba haram.

Pemeriksaan kami mendapati ubah suai yang sering dilakukan adalah melibatkan pemotongan brek motosikal bagi meningkat kelajuan enjin kerana apabila motosikal ditanggalkan brek, geseran tidak berlaku pada tayar dan ia membolehkan enjin mempunyai kuasa memecut lebih laju,” kata Adenan.

Menurutnya, bengkel motosikal di Jalan Gudwara sering menjadi tumpuan mat rempit untuk mengubah suai motosikal dan pernah diserbu serta disaman tahun lalu atas kesalahan sama.

BACA >>> Keranamu JPJ, Lelaki Pecut Tinggalkan Tunang Jatuh Motor
BACA >>> Penjara untuk Pelumba Haram, Denda RM10k Jika Ubah Suai Enjin, Ekzos Motor

SUMBER: Bernama

bengkel ekzos Jabatan Pengangkutan Jalan Jalan Gudwara JPJ Pulau Pinang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Lumba Haram Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mat rempit Ops Bengkel Polis Diraja Malaysia (PDRM) Saman Swing Arm Ubah Suai Motosikal Haram
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.