Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Kesan Premis Jual Kereta Terpakai kepada Warga Asing di Kelantan
Auto Terkini

JPJ Kesan Premis Jual Kereta Terpakai kepada Warga Asing di Kelantan

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize17/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERIKUTAN semakin banyak kenderaan dipandu warga asing di Kelantan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenal pasti beberapa premis syarikat jualan kereta terpakai di negeri itu yang menjual kenderaan kepada warga asing, terutama etnik Rohingya.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pihaknya mendapati sesetengah syarikat menjual hampir 10 unit kenderaan terpakai kepada warga asing, terutama etnik Rohingya.

Mohd Misuari berkata, selain menjual kenderaan kepada individu, syarikat yang dikenal pasti itu dipercayai turut mensasarkan jualan kepada golongan warga asing.

Kebiasaannya, warga asing akan memberi alasan mereka meminjam atau menyewa kenderaan ketika ditangkap memandu kenderaan atas jalan raya.

“Apabila JPJ menjalankan siasatan lanjut, ada syarikat kereta terpakai didapati menjual kenderaan kepada warga asing,” katanya.

Menurutnya, amalan menjual kenderaan kepada warga asing tidak sepatutnya berlaku dalam urusan perniagaan yang mana syarikat terlibat seakan bebas melakukan kegiatan tersebut.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 26 kes melibatkan kesalahan pemandu warga asing memandu secara haram atas jalan raya sudah dihadapkan ke mahkamah sejak April lalu.

Daripada 26 kes yang didaftarkan di mahkamah, 24 kes direkodkan pengakuan bersalah, manakala dua kes tidak hadir dan dikeluarkan waran tangkap.

“Semua pemilik kenderaan dan pemandu warga asing itu ditangkap Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Pewa) yang dijalankan di Ketereh dan Kok Lanas di sini,” katanya.

Antara kesalahan dilakukan pemandu warga asing adalah memandu tanpa lesen, memandu dengan lesen kenderaan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan salah guna lesen kenderaan bermotor.

Beliau turut mengesahkan pemilik kenderaan yang memberi sewa kepada warga asing sudah berdepan tindakan mahkamah selepas didakwa bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Jangan Jual Kereta Kepada Warga Asing Tanpa Tukar Status Hak Milik
BACA >>> Warga Asing Pun Terjebak Trend Rempit Malaysia, Siap Ubah Suai Ekzos

SUMBER: Kosmo

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ JPJ Kelantan jual kereta Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Pewa) warga asing
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.