Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Jika 3 Sportbike Ini Ada di Malaysia, Mana Satu Pilihan Anda?
Roda2

Jika 3 Sportbike Ini Ada di Malaysia, Mana Satu Pilihan Anda?

ZYBy ZY22/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEREN BANGET!

Inilah reaksi pertama kami apabila melihat barisan sportbike berstatus entry level dari Indonesia. Di Malaysia, enjin bersesaran 150cc setakat ini hanya spesifik kepada motosikal praktikal seperti kapcai (Y15ZR, RS150R) dan nakedbike (FZ150i).

Tetapi, di Negara Seberang sana, memang ada banyak enjin kompak 150cc yang dipadankan pada sportbike gaya perlumbaan (masih ingat kelibat Yamaha TZM 150?). Kelebihannya, sportbike jenis ini bukan saja boleh dijadikan jentera tunggangan harian, tetapi pada masa sama mampu beraksi di litar hujung minggu.

Bertuah bukan?

1. HONDA CBR150R


Memulakan senarai ialah Honda CBR150R yang dilancarkan di Indonesia, awal tahun lalu – 2016. Rekaan agresif dengan menampilkan elemen bersegi dan tajam berjaya mengaburi kelemahan utama sportbike ini sebagai jentera berkuasa paling rendah dalam kelasnya.

Menyokong pendapat CBR150R ini dijual oleh gaya, statistik jualan menunjukkan pertumbuhan hampir 100 peratus bermula awal pelancaran hingga 2017 dengan jualan sekitar 15,000 unit untuk tempoh Januari-Februari tahun ini berbanding 7,500 unit pada tempoh sama, tahun lalu.

Nah, siapa kata sportbike mesti laju sahaja? Gaya juga penting!

Harga Atas Jalan:
Rp32,975,000 – Rp33,875,000 (RM10,584 – RM10,873)

2. SUZUKI GSX-R150


Walaupun Suzuki sudah menarik diri daripada memasarkan motosikal bersesaran rendah di Malaysia, pengeluar dari Jepun itu masih giat meneruskan jualan mereka di Indonesia. Dengan nisbah kuasa per sesaran, 0.128/cc, GSX-R150 adalah antara pemilik enjin paling berkuasa dalam kelasnya.

Malah, Suzuki turut menyediakan ciri canggih seperti sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dan penggera jawab balas (answer back) yang belum ada pada mana-mana motosikal bersesaran dan berharga sama. Jangan sangka anda (atau lebih tepat lagi, rakan jiran di Seberang) perlu bayar lebih untuk semua motor tersebut, tengok sajalah harga di bawah yang pasti buat kita ternganga!

Harga Atas Jalan:
RP27,900,000 (RM8,955)

3. YAMAHA R15


Abaikan trik promosi Yamaha yang sengaja menaikkan sesaran enjin daripada 150cc kepada 155cc, kerana sportbike baharu Yamaha ini, R15 sememangnya menawarkan ciri tambahan yang mampu membuatkan pemilik si abang, Yamaha R25 pun boleh berkecil hati.

Manakan tidak, bukan setakat enjin didatangkan dengan teknologi Aktuasi Injap Variable (VVA) yang membenarkan kuasa pada setiap tahap ligatan, tetapi imej sporty motosikal ini turut ditingkatkan dengan kehadiran fork terbalik (USD), dan bantuan klac (clutch assist) yang menjadikan operasi klac lebih ringan, serta klac gelincir (slipper clutch) yang membantu melancarkan anjakan gear dalam situasi ekstrem.

Ya, harga ditawarkan sudah semestinya lebih mahal.

Harga Atas Jalan

Rp34,500,000 – Rp35,100,000 (RM11,073 – RM11,266)


Jika anda tertanya-tanya bagaimana pula hasilnya apabila ketiga-tiga motosikal berkenaan dibandingkan, mari tonton video di bawah. Kredit kepada laman Otomotif Indonesia.

Komparasi Sport 150cc All New Yamaha R15 vs All New Honda CBR150R vs Suzuki GSX-R150 (Part 1)

SUMBER: Maxabout

Honda CBR 150R roda2 sportbike sportbike 150cc Suzuki GSX-R150 Yamaha R15
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.