Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jentera Yamaha YZR-M1 Rosak Selepas Baru Lima Pusingan Buat Rossi Tergelak
Auto Terkini

Jentera Yamaha YZR-M1 Rosak Selepas Baru Lima Pusingan Buat Rossi Tergelak

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA berlaku perkara di luar jangkaan seperti kerosakan atau terbabas, Valentino Rossi biasanya akan bengang dan melenting. Jarang sekali nampak pelumba veteran itu kool.

Namun, dalam aksi di GP Eropah hujung minggu lalu, Rossi tiba-tiba ketawa ketika ditemu bual portal Speedweek mengenai kemunculannya semula di Litar Ricardo Tormo, Valencia selepas dikuarantin akibat positif Covid-19.

BACA >>> #RetroAuto: Wira Perkasa Suzuki GSX-R400 dengan Perisai Menentang Kejahatan

Dalam aksi pusingan ke-12 itu, jentera ditunggang pelumba Itali tersebut mengalami kerosakan pada pusingan kelima, tetapi respons ditunjukkan mengejutkan.

Aku tak boleh tahan gelak!”

Seperti mana kita tahu, MotoGP 2020 memang luar biasa dan penuh cabaran yang pasti sukar dilupakan The Doctor. Beliau bukan saja berdepan masalah ketahanan enjin, tetapi juga dijangkiti Covid-19, dan dikenakan penalti ditolak mata untuk kategori pembina kerana isu mekanikal. Terbaharu, jenteranya pula rosak ketika perlumbaan baru bermula lima pusingan.

Situasi YZR-M1 terhenti selepas lima lap tidak pernah berlaku pada jentera Yamaha sepanjang 12 tahun tanpa meraih sebarang mata berturut-turut. Rossi berkata;

Apabila enjin berhenti, aku tak marah, tapi tak boleh tahan gelak. Jentera berhenti sebab masalah elektronik dan itu dah cukup buat aku putus asa. Aku diberitahu masalah ini tak pernah berlaku selama 12 tahun.

“Sayang betul, sebenarnya aku cuma nak lumba, pecut dengan tenang dan tamatkan perlumbaan. Aku hanya perlu berlumba dan menyiapkan diri, tapi kecewa tak ada hasil.”

Ramai peminat permotoran sedia maklum pelumba Yamaha kerap berdepan masalah teknikal yang menyebabkan perlumbaan pertama masing-masing bergelut dengan keputusan di kedudukan 11, 13 dan 14. Apa sebenarnya berlaku?

Balas Rossi;

“Situasi sekarang sangat sukar, Yamaha baru saja menang dengan Franco (Morbidelli) dua minggu lalu dan di Valencia kami ada masalah cengkaman, termasuk bahagian enjin selain masalah ketahanan. Bukan minggu yang baik dan kami harus perbaiki.

“Memang kami laju awal musim, tapi pengeluar lain banyak bawa perkara baru hingga beberapa perlumbaan mereka lebih baik dan sangat kuat hujung musim. Aku dah selalu cakap, masalah besar Yamaha ialah enjin, kerana kami selalu paling lambat kat jalan lurus dan pada masa sama ada masalah ketahanan serta masalah besar mengharungi musim dengan lima jentera.”

PRESTASI YAMAHA LEMAH

Rossi mengakui prestasi Yamaha lemah untuk jarak dan karakter enjin yang sekian lama menjadi kekuatan Yamaha. Namun,  sekarang sudah ada enjin yang lancar dalam hal pecutan. Apabila semua ciri itu bergabung, itulah kekuatan terbesar sesebuah pasukan untuk menang.

Menurut legenda hidup itu, ada banyak perkara dapat diakukan untuk meningkatkan prestasi enjin daripada elektronik hingga ekzos. Beliau turut memuji prestasi Suzuki:

Bagi aku, Suzuki kerja sangat baik. Aku rasa [Davide] Brivio bekerja dengan baguih sebab beliau dapat menggabungkan karya dari Jepun dengan kerja di Itali. Terutama dia dapat meyakinkan orang Jepun untuk bekerjasama dengan orang Eropah dan orang Itali, dan mereka hasilkan pasukan yang sangat kuat.”

Brivio ialah pengurus pasukan Yamaha Rossi yang bertahun-tahun memenangi gelaran menerusi jentera M1. Pasukan di bawah kendalian Rossi pernah dikaitkan dengan jentera Suzuki sekiranya dapat direkrut naik ke MotoGP pada 2022.

BACA >>> Walaupun ke Pasukan Satelit, Rossi Kekal Dapat Sokongan Teknikal Pasukan Pengilang
BACA >>> Nombor #69 Direhatkan untuk Mendiang Nicky Hayden di GP Amerika

 

2020 MotoGP Auto Terkini autoterkini GP Valencia Kejuaraan Dunia MotoGP MotoGP 2020 roda2 sukan permotoran Valentino Rossi VR46 Yamaha Yamaha YZR-M1
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.