Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jentera RC16 Hafizh Mungkin Akan Dipasangkan Swingarm Karbon di Jerman?
Auto Terkini

Jentera RC16 Hafizh Mungkin Akan Dipasangkan Swingarm Karbon di Jerman?

AryonBy Aryon04/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JENTERA RC16 milik Hafizh Syahrin daripada pasukan Red Bull KTM Tech3 mungkin dipasangkan swingarm gentian karbon, sama seperti rakan pasukan KTM lain untuk saingan GP Jerman hujung minggu ini.

Komponen sama pernah digunakan rakan pasukannya, juga rookie, Miguel Oliveira di TT Circuit Assen, Belanda. Sebelum itu, ia terlebih dahulu dipasangkan pada jentera pasukan pengilang Red Bull KTM Factory ketika aksi di Le Mans, GP Perancis, termasuk GP Belanda.

“Kami sangat seronok dengan swingarm karbon yang kami ada untuk Miguel. Harap Hafizh juga dapat satu di Sachsenring untuk bagi power motor dia,” kata bos Tech3, Herve Poncharal.

TEMPAT KE-15 TANPA SWINGARM KARBON

Hafizh, juga satu-satunya pelumba KTM yang tidak ditawarkan lanjutan kontrak untuk musim 2020, berjaya meraih mata buat kali kedua musim ini apabila menamatkan saingan di tempat ke-15 di Assen. Oliveira pula di kedudukan ke-13.

Hafizh sebenarnya sudah mendahului Oliveira, tetapi mengalami masalah hilang cengkaman tayar belakang sebelah kanan ketika saingan berbaki beberapa pusingan lagi sebelum terpaksa akur dengan keputusan diperoleh. Perlu diingat, jentera dia cuma menggunakan swingarm standard.

“Selepas perlumbaan separuh pertama yang sangat sengit di Assen, aku harap dapat terus ke Jerman sekarang. Aku tahu semua tu bukan senang dan kami akan sampai di litar istimewa buat kali pertama dengan KTM.

“Kami akan cuba cari rentak yang baik sejak awal dan setkan elektronik. Trek tu betul-betul pendek dan perlumbaan akan jadi sangat panjang dengan 30 lap dan sangat mencabar buat setiap pelumba,” kata Hafizh lagi.

Swingarm gentian karbon yang akan digunakan jentera KTM nanti bukan saja sangat ringan, tetapi juga memberikan kelebihan dalam aspek ketahanan tayar, terutama untuk perlumbaan jarak jauh.

SUMBER: Crash.net

Bo55ku el pescao Germany GP GP Jerman Hafizh Syahrin Herve Poncharal KTM RC16 MotoGP MotoGP 2019 Pescao55 Red Bull KTM Tech3 roda2 sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.