Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Aston Martin Pun Buat Sut PPE untuk Petugas Barisan Hadapan UK
Auto Terkini

Aston Martin Pun Buat Sut PPE untuk Petugas Barisan Hadapan UK

Abang HirataBy Abang Hirata13/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BANYAK pengeluar automotif dunia mengambil langkah positif menghasilkan produk untuk kegunaan petugas barisan hadapan di negara masing-masing dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19. Lamborghini sebelum ini dilaporkan menghasilkan topeng muka, manakala pengeluar nasional, Proton baru saja memulakan projek pembuatan perisai muka.

Juga tidak ketinggalan, Aston Martin kini dalam proses menghasilkan sut kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) untuk petugas barisan hadapan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Britain. Pengeluar kenderaan mewah itu akan  menyediakan sut keselamatan seperti alat perlindungan pernafasan, visor pelindung dan gaun perlindungan.

Antara prosedur berisiko yang perlu ditempuhi petugas kesihatan ketika merawat pesakit Covid-19 adalah intubasi dan ekstubasi. Justeru perlindungan tambahan diperlukan.

BACA >>> Aston Martin Vanquish S Red Arrows Edition Angkat Kehebatan Pasukan Aerobatik Udara Britain

Aston Martin bekerjasama dengan rakan projek, Multimatic dan membantu Pusat Teknologi Pembuatan (MTC) bagi menghasilkan kelengkapan perlindungan pernafasan baharu. Pelindung intubasi itu berbentuk kotak daripada Perspex yang diletakkan pada bahagian badan pesakit bagi melindungi kakitangan perubatan ketika melakukan prosedur kesihatan.

Inovasi itu juga melibatkan cara penyusunan dan penjimatan ruang dalam wad unit rawatan rapi (ICU) yang sibuk. Ini juga membolehkan MTC membekalkan kelengkapan itu kepada NHS dengan segera.

Seperti itu, Aston Martin juga menggunakan teknologi pencetak 3D dan dalam masa terdekat bakal mengeluarkan 150 visor pelindung setiap minggu. Bahagian rekabentuk kini sedang bekerjasama dengan Hospital Warwick bagi membangunkan visor pelindung yang memenuhi garis panduan jangkitan ditetapkan NHS.

Kerja-kerja pemasangan dibuat kakitangan sukarela dengan mengikuti garis panduan penjarakan sosial ditetapkan Kerajaan. Penghantaran pertama menggunakan model paling praktikal, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) DBX.

Bagi gaun perlindungan, Aston Martin menerima permintaan terus dari hospital tempatan. Contoh gaun sudah pun dihantar kepada NHS, dan Aston Martin berhasrat mengeluarkan produk itu minggu depan. Pengeluar Britain itu mempunyai kapasiti pengeluaran hingga 750 unit gaun setiap minggu menerusi fasiliti utama di Gaydon, Warwickshire.

Selain kepakaran pengeluaran, Aston Martin turut menawarkan khidmat baik pulih kecemasan untuk kenderaan secara percuma kepada kakitangan NHS, dan hanya perlubayar kos alat ganti pada harga diskaun.

BACA >>> Aston Martin Valkyrie – Kereta Hiper Enjin NA Cosworth V12 Berkuasa 1,160hp!

GALERI
Aston Martin Auto Terkini Covid-19 Kelengkapan Perlindungan Peribadi (PPE) Multimatic Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) PPE
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.