JELAJAH Art Of Speed Malaysia yang berkunjung ke Pulau Pinang pada 21 dan 22 November lalu berjaya mengumpulkan lebih daripada 60 unit kereta kustom dan klasik serta 40 jenis motosikal menarik.
Program selama dua hari anjuran FIM Asia Supermoto Championship 2015 itu diadakan di Perda City Mall, Seberang Perai.
Sepanjang tempoh jelajah, pelbagai aktiviti menarik disediakan buat pengunjung yang hadir. Antaranya, galeri seni, persembahan Dhwan Design House dan Win Motor Art serta dimeriahkan dengan penyertaan vendor-vendor vintaj yang menjual barangan antik.
Penghibur tempatan dari Pulau Pinang seperti The Island kumpulan musik reggae dan artis hip-hop Nawi turut menghibur pengunjung biarpun cuaca hujan renyai-renyai..
Berikut adalah senarai Pemenang Show & Shine Art of Speed Tour Penang 2015:
Best of Show Automobile
Pemenang : Farhan Rashidi
- Kenderaan: 1974 Volkswagen Super Beetle Cabriolet
Best of Show Motorcycle
Pemenang : Chin Jeng Wey
- Kenderaan : 1951 Matchless
Kategori Kereta
1.Best Car Club – Penang Volkswagen Owners Club (PVOC)
2.Best Biggest Car Club – Bimmer Utara
3.Best Paint – Jasny Mohd
4.Best Wheels – Khairul Syakirin
Kategori Motosikal
1.Best of Modified Harley-Davidson inc. Sportster, Pro Street & Bagger – SYK Kg. Paloh
2.Best of Chopper – Mohd Ashadi Md Fadzil
3.Best of Bobber – Soul Rider Garage
4.Best of Café Racer – Rusty Factory
5.Best of Jap Style & Tracker – Mohd Irwan Md Aziz
6.Best of Street Cub & Choppy – Wan Mohd Ariff Wan Othman
7.Best of Radical Streetcub & Ruckus – Sabil Garage
8.Best of Restored Retro Japanese – Isacc Lee
9.Best of Restored Classic Scooter – Ahmad Hazwan
10.Best of Classic – Abd Kadir Shafii
Kategori Basikal Lowrider
1.Best of 12”, 16” & 20” wheel lowrider – Nur Sirajuddin
2.Best of 24”, 26” & open wheel lowrider & limousine – Mohamad Zahin Nor Zaharin
Leave a Reply