Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JD Power 2019: Honda Malaysia Kuasai Tiga Segmen Utama dalam Penilaian Kualiti
Auto Terkini

JD Power 2019: Honda Malaysia Kuasai Tiga Segmen Utama dalam Penilaian Kualiti

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DOMINASI jenama Honda dalam pasaran Malaysia memang tidak boleh disangkal. Buktinya, Honda Malaysia sekali lagi mencatatkan rekod tersendiri apabila tiga model jenama itu menguasai segmen masing-masing dalam penilaian kualiti kenderaan baharu berdasarkan standard JD Power 2019 Malaysia Initial Quality StudySM (IQS).

BACA >>> Honda – Kereta Import Nombor 1 Malaysia, Tahun Ketiga Berturut-Turut

Tiga model tersebut ialah:

  • SEGMEN B: Honda City (Sedan)
  • SEGMEN B: Honda Jazz (Hatchback)
  • SEGMEN J/ KENDERAAN UTILITI SUKAN (SUV): Honda CR-V(SUV saiz medium)

Jazz dan City mencatatkan prestasi terbaik dengan mengungguli segmen masing-masing dengan skor 68 per 100 kenderaan (PP100) dan 59 PP100. CR-V pula meneraju segmen kenderaan bukan nasional bagi tahun kedua berturut-turut dengan skor 64 PP100.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, pihaknya gembira dengan pencapaian dicapai kerana secara tidak langsung menggambarkan kegembiraan pelanggan.

“Kami akan terus konsisten memperkenalkan ‘Next Generation Advanced Technology’ sebagai komitmen kami dalam menawarkan produk berkualiti tinggi. Komitmen ini menzahirkan falsafah ‘Kegembiraan Penghasilan’ dalam pengeluaran kenderaan bagi memastikan pelanggan menikmati kegembiraan pembelian dalam pemilikan kenderaan Honda,” katanya.

Sementara itu, kilang pengeluaran Honda Malaysia di Pegoh, Melaka akan terus memberi tumpuan pada pembuatan produk berkualiti dan selamat serta mesra alam.

City sekali lagi menjadi model paling laris yang menyumbang 36 peratus jumlah jualan, manakala Jazz (13 peratus) dan CR-V (14 peratus) kepada prestasi jualan tahun lalu.

BACA >>> Kereta Honda CKD Naik Harga 5-9 Peratus!

Auto Terkini Honda City Honda CR-V Honda Jazz Honda Malaysia jualan Honda Malaysia 2019 Roda 4 Toichi Ishiyama
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong dan Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.