Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jarvis: Yamaha Rekrut Lorenzo Sebab Rossi Hendak Masuk F1
Auto Terkini

Jarvis: Yamaha Rekrut Lorenzo Sebab Rossi Hendak Masuk F1

AryonBy Aryon02/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOS Yamaha Racing, Lin Jarvis mengakui tidak menjangka yang Valentino Rossi akan kekal begitu lama bersama Yamaha. Malah beliau turut mendedahkan rahsia kenapa Jorge Lorenzo dipilih untuk menjadi rakan pasukan kepada Rossi.

Lorenzo tiba sebagai rakan pasukan baharu Rossi dalam MotoGP 2008 dengan reputasi sebagai juara GP250 2007. Gandingan kedua-dua pelumba itu memberikan kejuaraan berganda buat Yamaha dalam kategori pelumba dan pengilang.

Debut Lorenzo sebagai rookie MotoGP pada 2008 nyata cemerlang dengan meraih empat kali petak mula (pole position), lebih banyak daripada Rossi sendiri (dua kali), termasuk menjadi juara GP Portugal dan enam kali podium dengan menamatkan aksi di tempat keempat.

BACA >>> Rossi: Yamaha M1 yang Laju Perlukan Pelumba Uji Laju Macam Lorenzo

Kedatangan Lorenzo mewujudkan perseteruan baharu antara dia dan Rossi. Ini dibuktikan apabila Rossi menjadi juara 2008 dan 2009, dan giliran Lorenzo pula melakukannya pada 2010 sebelum beliau berhijrah ke Ducati.

Dalam temubual dengan CNN, Jarvis berkata, Yamaha tidak pernah berhasrat untuk menjadikan Lorenzo dan Rossi saling berseteru satu sama lain. Alasannya, Rossi pada masa itu pernah menyuarakan hasrat untuk berlumba dalam Formula Satu (F1).

Ini bukan cerita lawak kerana Rossi pernah menjalani ujian F1 pada 2006 dan menunjukkan potensi untuk menyinar dalam F1. Malah Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) juga memberikan jaminan untuk memberikan ruang kepada pelumba Itali itu.

BACA >>> Jack Miller: Semua Pelumba Perlukan Masa Serasi Motor Baharu, Kecuali Rossi

Bagaimanapun, hasrat itu gagal dilaksanakan yang akhirnya mengheret kepada perseteruan klasik antara Rossi dan Lorenzo walaupun dalam kem sama. Ini berterusan apabila Rossi kembali ke Yamaha dari Ducati pada 2013, hingga Lorenzo pula berhijrah ke Ducati pada 2017.

Perseteruan sangat panas kerana Valentino adalah king masa tu, dan Lorenzo pula pendatang baru, senapang muda. Jadi, susah nak kawal, memang susah sebab kau ada dua rider top dalam pasukan, tetapi bila kami dapat uruskan, kami dapat tiga kali berturut-turut jadi juara ‘Triple Crown’.

“So, bila kau ada pelumba kompetitif dalam pasukan, itu akan naikkan pasukan, diorang akan saling push, dan kau cuma harap diorang tak rosakkan diri sendiri.

“Kami pilih dia (Lorenzo) untuk ganti Rossi kerana kami fikir dia akan bersara tak lama lagi dan masuk F1, itu pada 2006. Memang susah nak ramal yang Lorenzo pula yang bersara dulu sebelum Rossi. Hidup memang kadang-kadang pelik,” kata Jarvis.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Lorenzo Bersara

SUMBER: VisorDown

F1 Formula Satu (F1) JL99 Jorger Lorenzo Lin Jarvis MotoGP sukan permotoran Valentino Rossi VR46 Yamaha MotoGP Yamaha Racing
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.