Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jalan Malaysia di Gaza, Tanda Penghargaan Palestin Atas Solidariti Rakyat Malaysia
Auto Terkini

Jalan Malaysia di Gaza, Tanda Penghargaan Palestin Atas Solidariti Rakyat Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAJLIS Perbandaran Gaza di Palestin menamakan sebatang jalan di kawasan barat bandar raya itu sebagai Jalan Malaysia sempena Hari Kebangsaan Malaysia semalam.

Pengerusi Organisasi Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran berkata, langkah itu adalah tanda penghargaan ke atas solidariti kuat yang ditunjukkan Malaysia untuk Palestin selama ini.

Katanya, usaha Malaysia dapat dilihat menerusi pelbagai konvoi, misi kemanusian, bantuan kemanusian dan pendirian politik. Langkah itu juga sebagai satu tanda persahabatan kedua-dua negara. Lagu Negaraku turut berkumandang di Gaza.

Rakyat Palestin ingin mengucapkan terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia menerusi cara ini… penamaan jalan tersebut sebagai ‘Jalan Malaysia’ adalah sempena memperingati sambutan Merdeka pada Hari Kebangsaan.

“Saya berharap ini akan terus memperkukuh hubungan antara kedua negara. Pastinya rakyat Palestin di Gaza mengalu-alukan langkah dilakukan Majlis Perbandaran Gaza.

“Semoga hubungan kedua-dua negara akan terus kukuh sehingga tiba satu hari Palestin bebas merdeka dan rakyat Malaysia akan datang ke Gaza dan Jurusalem untuk menyambut Kemerdekaan kami bersama-sama, Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu Ketua Dasar Awam Pejabat Perdana Menteri Gaza, Dr Abdullah Waleed, berkata keputusan menamakan jalan itu sebagai Jalan Malaysia disambut baik oleh masyarakat Gaza.

Beliau menyatakan bendera Malaysia dikibarkan sejak pagi semalam di jalan-jalan utama dan bulatan-bulatan di pusat bandar Gaza bagi meraikan Hari Kebangsaan Malaysia.

“Ini menunjukkan pertalian kuat antara Palestin dan Malaysia. Ia juga mencerminkan penghargaan dalam kalangan rakyat Palestin di Gaza terhadap pemimpin dan masyarakat Malaysia atas sokongan mereka kepada Palestin,” katanya.

Papan tanda Jalan Malaysia itu terletak di Bulatan Ansar, sebelah barat bandar raya Gaza.

Negaraku playing in Gaza today..#Merdeka1957 #merdeka#Malaysia #Palestine #Gaza pic.twitter.com/GzZT81vUqM

— Muslim Imran (@muslimbinimran) August 31, 2021

SUMBER: Bernama | Muslim Imran

Auto Global Auto Terkini Bulatan Ansar Dr. Abdullah Waleed Gaza-Malaysia Hari Kebangsaan Malaysia Hari Kemerdekaan ke-64 Jalan Malaysia Muslim Imran Palestin-Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.