Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jalan Batang Kali-Genting Dijangka Buka kepada Penunggang Motosikal Minggu Ini
Auto Terkini

Jalan Batang Kali-Genting Dijangka Buka kepada Penunggang Motosikal Minggu Ini

Han OthmanBy Han Othman26/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JALAN Batang Kali-Genting di Hulu Selangor dijangka dibuka kepada pengguna motosikal dalam tempoh seminggu lagi, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Bagaimanapun, laluan tersebut akan dibuka berperingkat kepada kenderaan lain kerana pihak berkuasa masih melakukan pemantauan di kawasan insiden tanah runtuh.

Kita harap (jalan) akan dibuka dalam seminggu lebih kepada pengguna motosikal. Beri peluang kepada kita untuk teliti dan tengok pergerakan tanah sebab pergerakan masih berlaku.

“Alat pengesan yang kita pasang menunjukkan masih ada lagi pergerakan tanah antara 2-4mm yang memerlukan masa untuk pemantauan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan di Jambatan Kusial, di Taah Merah, Jumaat lalu berikutan berlaku runtuhan dan hakisan tebing di bawah jambatan terbabit.

Nanta berkata lagi, semua pihak perlu memberikan peluang kepada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan kerja di kawasan insiden tanah runtuh bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Kita tidak mahu tergesa-gesa walaupun ada desakan daripada netizen yang mahu laluan di kawasan tanah runtuh Batang Kali dibuka segera.

“Saya difahamkan pegawai JKR ketika ini juga sedang melihat pergerakan tanah yang berlaku sebab itu kita mahu lakukan yang terbaik demi menjaga keselamatan pengguna,” katanya.

Sementara itu,  Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman minggu lalu dilaporkan berkata, jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup selama setahun bagi kerja pemulihan cerun.

Berikutan penutupan itu, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif, iaitu jalan (B113 Jalan Batang Kali-Ulu Yam hingga B23 Jalan Ulu Yam-Batu Caves) atau laluan utama (FT1001 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh).

Dalam tragedi 2.42 pagi Jumaat lalu, berlaku runtuhan tanah hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor. Setakat ini, 31 nyawa maut, dan 61 selamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit.

BACA >>> Batu Besar Hempap 8 Kereta Petanda Awal Tanah Runtuh Bukit Permai Ampang?
BACA >>> Video Tanah Runtuh di Seri Kembangan, Lima Kenderaan Musnah

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Bencana Alam Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Jabatan Kerja Raya (JKR) JALAN Batang Kali-Genting Tanah Runtuh Batang Kali
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.