• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Batu Besar Hempap 8 Kereta Petanda Awal Tanah Runtuh Bukit Permai Ampang?

Batu Besar Hempap 8 Kereta Petanda Awal Tanah Runtuh Bukit Permai Ampang?

March 11, 2022 By Farah Leave a Comment

238
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAKYAT Malaysia hari ini dikejutkan insiden tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, Selangor yang meragut empat nyawa, petang semalam.

Dalam insiden jam 5.54 petang itu, 15 rumah dilaporkan terjejas dan 10 kenderaan rosak akibat bencana alam tersebut.

BACA >>> Video Tanah Runtuh di Seri Kembangan, Lima Kenderaan Musnah

Pihak berkuasa sudah mengarahkan penduduk dalam radius 100 meter berpindah buat sementara waktu bagi memastikan keadaan tanah di kawasan situ selamat.

Dalam pada itu, penduduk setempat juga percaya insiden tanah runtuh tersebut ada kaitan dengan kejadian bongkah batu besar jatuh menghempap kenderaan di sebuah pangsapuri di kawasan berdekatan.

Kejadian berlaku jam 4.30 pagi ketika penghuni sedang tidur membabitkan lapan kenderaan rosak akibat dihempap batu besar.

Bagaimanapun tidak sampai 24 jam kejadian berkenaan , taman perumahan teres di Jalan Teratai 1/2 J, Taman Bukit Permai pula dikejutkan insiden tanah runtuh pada sebelah petang. Hal itu diakui pelakon veteran Sabri Yunus yang juga penduduk di taman tersebut.

Sabri berkata;

Tanah runtuh… lorong belakang rumah ambo.. Jam 9 malam.. petugas masih lagi meneruskan usaha pencarian yang hilang.. nak balik rumah tadi pun susah juga.. jalan sekitar ditutup..  polis, bomba, JKR, rela, pertahanan awam, pemberita dan juga orang ramai yang datang ziarah sedara dan kawan yang mungkin mangsa bencana.. ada cahaya dari dron di cerunan yang runtuh..  semua tenaga diguna dalam usaha ini..

"Bencana ini bermula malam tadi bila batu besar dari bukit menghempap beberapa buah kereta di Taman Bukit Permai 1.. petang ini Taman Bukit Permai 2 di bawahnya."

AKAR POKOK JADI PUNCA?

Terdahulu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam kenyataan memaklumkan insiden bongkah batu jatuh itu dipercayai berkaitan akar tumbuhan.

MPAJ berkata;

Semakan terhadap struktur wire netting sedia ada mendapati tiada sebarang kebocoran atau kerosakan berlaku selain terdapat tumbuhan liar di kawasan terlibat, dan akar tumbuhan dipercayai menyebabkan rekahan batuan dan melibatkan kejadian batu jatuh.

"Terdapat jatuhan batu di bahagian atas cerun batuan yang dilitupi wire netting yang telah dilaksanakan penstabilan sebelum ini menggunakan kaedah rock bolting, dan kaki cerun itu bukan dikhususkan untuk meletak kenderaan serta tiada petak parkir di lokasi itu."

Artikel Berkaitan

238
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ampang Selangor, Auto Terkini, Bencana Alam, bongkah batu, kenderaan rosak, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Bukit Permai, Tanah Runtuh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
  • Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan
    Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my