Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Isuzu Impulse RS Turbo (1991) – Kereta Sport Jepun yang Dapat Talaan Lotus
Roda4

Isuzu Impulse RS Turbo (1991) – Kereta Sport Jepun yang Dapat Talaan Lotus

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INGAT lagi, suatu masa lalu Jepun memang kecoh setiap kali memperkenalkan teknologi baharu untuk kereta mereka. Caranya adalah menampal tulisan besar sama ada guna pelekat atau diukir pada enjin, seperti teknologi ‘DOHC 16-VALVE’, ‘VTEC’, ‘Twin-Cam’, dan seumpamanya.

Isuzu Impulse RS adalah salah satu daripada sekian banyak model tersebut, cuma popularitinya memuncak di Amerika Syarikat (AS). Pelekat panjang dan panel belakang bertulis ‘ALL-WHEEL DRIVE INTERCOOLED TURBO’ nyata menarik menarik perhatian pembeli ketika itu.

Foto yang anda lihat ini adalah model sport paling rare Jepun ketika ledakan era kejuruteraan hebat dari Negara Matahari Terbit itu sekitar 1980-1990-an. Apa saja produk kereta dari sana sentiasa mengujakan pembeli.

Impulse, juga dikenali sebagai Piazza di beberapa negara, direka Giorgetto Giugiaro (foto atas) berasaskan konsep Asso di Fiori (Ace of Spades). Beliau adalah pereka yang turut bertanggungjawab merekabentuk Lotus Esprit S1 dan DeLorean DMC-12.

Pembangunan rekabentuk dilakukan di ibu pejabat General Motors (GM) dengan mengambil ilham produk kontemporari seperti Chevy Camaro.

BACA >>> Walau Enjin Kecil, Isuzu D-Max 1.9L Mudah Takluk Medan Tempur Borneo Safari

Bentuk lampu depan separuh buka sentiasa kekal relevan sepanjang zaman, tetapi paling hebat sudah tentu skup angin NACA atas bonet. Impulse RS diiktiraf sebagai jentera menyeronokkan kerana memiliki saiz badan kompak dengan ledakan kuasa setinggi 160hp dan tork 203Nm. Ini disempurnakan dengan nisbah agihan tork depan ke belakang 43:57, termasuk bahagian pengendalian mendapat talaan Lotus.

Kelibat Impulse RS sangat sukar dikesan, tetapi model yang sedang anda lihat ini masih dalam keadaan baik dan kemas dengan jumlah perbatuan 167, 372km. Penggunaan but anjakan getah palas dan butang tolok hud mengingatkan kita kepada rekaan awal 90-an.

Warna luaran dicat putih, manakala kabin serba hitam yang didominasi material plastik keras. Model ini jarang sekali diiklankan untuk jualan kerana kebanyakannya model yang ada mempunyai sejarah pemanduan kurang baik dengan ragam tuan kereta lama yang kasar.

Kereta yang lasak dan murah, memang susahlah tuannya hendak jadi pemandu yang sopan santunkan?

BACA >>> Isuzu Elf Sambut Aniversari ke-60 Tahun Peringkat Global

GALERI

SUMBER: Superstreetonline

Giorgetto Giugiaro Isuzu Isuzu Impulse Rs Isuzu Impulse RS Turbo (1991) Isuzu Malaysia Lotus Handling Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.