Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Isuzu DMax (2022) Varian 4×2 Kini di Malaysia! Transmisi Automatik, Harga RM100k!
Roda4

Isuzu DMax (2022) Varian 4×2 Kini di Malaysia! Transmisi Automatik, Harga RM100k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISUZU Malaysia mengumumkan ketibaan varian baharu trak pikap DMax generasi ketiga, iaitu versi sistem pacuan 4×2 dalam lima warna pilihan pada  harga atas jalan tanpa insurans RM100,999.20.

Sebenarnya, hanya 28 peratus pengguna trak pikap menggunakan tetapan 4×4 dan ini sebab Isuzu menawarkan D-Max Auto Plus 4×2 1.9L.

Berikut perincian DMax Auto Plus 4×2 1.9L:

BACA >>> Isuzu Malaysia Lancar Generasi Ketiga D-Max, Ada 7 Varian, Harga Mula RM88k!
BACA >>> Baki Zainal Kongsi Pengalaman Miliki, Pandu Isuzu DMax X-Terrain 3.0L (2021)

  • Ada lima warna pilihan: Splash White Solid (putih), Mercury Silver Metallic (perak), Onyx Black Mica (hitam), Sapphire Blue Mica (biru) dan Valencia Orange Metallic (jingga).
  • Trenkuasa diesel RZ4E-TC 1.9L berkuasa 148hp @ 3,600rpm dan tork 350Nm @ 1,800-2,600rpm.
  • Sistem transmisi automatik 6-kelajuan dan hantaran kuasa disalur ke roda belakang. Ini juga satu-satunya trak pikap transmisi automatik dalam pacuan 4×2.
  • Menawarkan tahap rintangan golekan rendah dan sistem pacuan lebih ringkas dengan pengurangan beberapa komponen. Model ini lebih ringan dan sesuai pemanduan bandar.
  • Berat 1,830kg, lebih ringan 85kg daripada 4×4 biasa kerana tiada kotak pindah (transfer case), diferensial depan dan sistem pacuan sampingan.

BACA >>> Isuzu Malaysia Sedia Portal Khas untuk Trak Pikap D-Max Serba Baharu Demi Pelanggan

  • Menggunakan Isuzu Dynamic Drive Platform dan sistem suspensi jenis double wishbone (depan) dan 3-leaf semi-elliptical spring (belakang).
  • Rekaan kabin berkembar dengan gril kelabu. Hendak pintu sama seperti warna badan. Ada pemijak sisi dan belakang.
  • Menggunakan rim aloi 17 inci dengan tayar radial 255/65 R17 HT. Tambahan lain ialah pelekat sisi 4×2 Auto Plus.
  • Sistem lampu jenis lampu utama projektor Bi-LED dengan lampu siang (DRL) LED dan lampu kabus bersepadu pada bucu bampar.
  • Kamera undur dipasangkan pada hendal pintu but belakang. Juga ada unit infotainment dengan skrin multimedia 7 inci berserta empat sensor undur.
  • Skrin multimedia skrin sentuh disediakan sambungan wayarles USB, Bluetooth, WiFi, MirrorLink, Miracast, Android Auto dan Apple CarPlay.
  • Kerusi dibalut material fabrik. Kerusi pemandu boleh laras 6-tetapan secara manual. Ada pautan ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak di kerusi belakang.
  • Stereng kulit boleh laras atas-bawah dan dekat-jauh. Ada butang kawalan audio dan telefon pada stereng. Kluster instrumen multi-info berwarna 4.2 inci.
  • Ada soket kuasa 12V 120W di depan dan port USB untuk penumpang depan dan belakang.
  • Ciri keselamatan:
    • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
    • Agihan Brek Elektronik (EBD)
    • Bantuan Brek (BA)
    • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
    • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
    • Bantuan Mula Daki (HSA)
    • Bantuan Turun Bukit (HDC)
    • Sistem Ambil Alih Brek (BOS)
  • Tempahan Isuzu DMax Auto Plus 4×2 1.9L kini dibuka dan penghantaran bermula awal November ini. Maklumat Isuzu DMax boleh layari di laman pickuptruck.isuzu.net.my

BACA >>> Trak Isuzu Paling Laris di Malaysia Sepanjang 2020, Kekal Rekod 7 Tahun Berturut-Turut
BACA >>> Nobe 500 – Trak Pikap Elektrik Gaya Retro Debut Tahun Depan
BACA >>> #BikinKereta: Nissan Navara Pro-4X Warrior – Trak Pikap Edisi Khas Sentuhan Tuner Australia

D-Max Auto Plus 4x2 1.9L DMax Generasi Ketiga isuzu dmax Roda4 Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

    06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    BYD Alor Setar sambut Yangwang jelajah Malaysia
    Auto Terkini

    Jelajah Yangwang U9 China – Malaysia Tiba di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    06/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.