• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Nissan Navara Pro-4X Warrior - Trak Pikap Edisi Khas Sentuhan Tuner Australia

#BikinKereta: Nissan Navara Pro-4X Warrior - Trak Pikap Edisi Khas Sentuhan Tuner Australia

June 18, 2021 By Shawkath Leave a Comment

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Australia mendedahkan trak pikap perdana Navara Pro-4X Warrior (2021) yang ditala semula pasukan pakar kejuruteraan Premcar dan akan dikirim ke rangkaian pengedar tidak lama lagi.

Edisi 'Warrior' ialah model lebih ekstrem berasaskan varian  Pro-4X dengan mendapat modifikasi tambahan Premcar yang berpangkalan di negeri Victoria, Australia. Khabarnya Nissan menghantar trak pikap itu kepada Premcar untuk diubah suai.

BACA >>> Inilah 5 Perkara Menakjubkan Tentang Nissan Navara (2021) Baharu

Setakat ini, tiada data atau spesifikasi enjin baharu dikongsi, tetapi berdasarkan foto dikongsi, trak pikap itu mendapat tambahan ciri supaya tampil lebih garang.

Antaranya bahagian hadapan diperbaharui dengan pemasangan bampar logam dan plat skid merah. Tambahan lain ialah set bar lampu LED di tengah.

BACA >>> Inilah Spesifikasi 6 Varian Nissan Navara (2021) yang Baru Lancar! Harga Serendah RM91k
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Mula Main Motosikal Off-Road? Ikut 4 Tip Ini

Pasukan jurutera Premcar turut meninggikan gerbang roda dan memasang set rim baharu yang dibalut tayar off-road, serta menukar sistem suspensi, sekali gus menjadikan trak pikap ini sentiasa bersedia meredah pelbagai kondisi rupa bumi.

Tidak terhenti di situ, Premcar juga mengubah suai dan membina semula semua penambahbaikan dilakukan Nissan terhadap Navara PRO-4X seperti aspek kesenyapan dalam kabin atau NVH, kualiti pengendalian, alatan keselamatan dan fungsi dwi-kabin.

Objektif binaan adalah menghasilkan trak pikap dwi-kabin yang serba lasak dan lebih praktikal untuk pelbagai kegunaan mengikut kondisi pemilik Australia.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Cecair Coolant Boleh Kurang Walaupun Tak Bocor?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Suspensi Strut MacPherson yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Daun Pandan Halau Lipas dalam Kereta?
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?

Nissan-Navara-Pro-4X-Warrior-8
Nissan-Navara-Pro-4X-Warrior-1
Nissan-Navara-Pro-4X-Warrior-15
Nissan-Navara-Pro-4X-Warrior-7
Nissan-Navara-Pro-4X-Warrior-11ac
Nissan-Navara-Pro-4X-Warrior-2
Nissan-Navara-Pro-4X-Warrior-6

SUMBER: CarScoops

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Bikin Auto, Bikin Kereta, Modifikasi Navara Pro 4-x, Navara Warrior Pro 4-X, Nissan, NIssan AUstralia, Nissan Navara Pro-4X (2021), Nissan Navara Pro-4X Warrior (2021), Nissan Warrior, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my