Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Isuzu D-Max Stealth Kini di Pasaran, 180 Unit Sahaja, Siap Ada Side Step – Harga RM125k
Roda4

Isuzu D-Max Stealth Kini di Pasaran, 180 Unit Sahaja, Siap Ada Side Step – Harga RM125k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/08/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISUZU Malaysia rasmi memperkenalkan trak pikap edisi terhad, D-Max Stealth yang tampil dengan gaya lebih agresif menerusi sentuhan dan kemasan eksklusif. Pelanggan yang mencari trak pikap dengan penampilan berbeza bolehlah memilih Isuzu D-Max Stealth. 

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata pelanggan yang ingin mencari sebuah trak pikap tahan lasak dan boleh diharap dalam pasaran ketika ini akan menemukan pakej penampilan dan prestasi yang mengujakan pada Isuzu D-Max Stealth.

“Luarannya yang bergaya dipadankan dengan rekaan dalaman yang menyerlah sekaligus memberikan kelainan ketika di jalanan bagi pemiliknya dengan imej tersendiri,” katanya.

Berikut perincian D-Max Stealth Edisi Terhad:

1. Menggunakan asas penawaran yang sama dengan Isuzu D-Max 4×4 Premium (automatik), Stealth dilengkapi enjin 1.9 liter Ddi Blue Power yang menghasilkan kuasa 148hp @ 3,600rpm dan tork 350Nm @ 1,800rpm – 2,600rpm. Kuasa berkenaan ditingkatkan 9 peratus berbanding model lama.

2. Edisi Terhad itu hanya dikeluarkan sebanyak 180 unit sahaja dengan dua warna pilihan iaitu Stallion Black Metallic dengan 105 unit dan Silky White Pearl (75 unit).

3. Apa yang membezakan Isuzu D-Max Stealth dengan versi biasa adalah bahagian luaran didatangkan dengan penggunaan komponen dan bahagian hitam bagi menggantikan kemasan krom. Ini termasuk pada gril depan, lampu utama, lampu kabus dan kemasan bampar, landasan bumbung dan bampar belakang.

4. Bahagian gril menampilkan garis kemasan warna perak yang halus, menghiasi bahagian depan dan dilanjutkan ke bahagian spoiler depan. Untuk menambahkan lagi nilai eksklusif, trak pikap itu dilengkapi dengan rim aloi 18-inci dengan lencana Stealth. Perkataan Stealth turut boleh ditemui pada pintu dan bahagian belakang.

5. Pintu ruang barangan di belakang juga datang dengan ciri bukaan ringan untuk memudahkan operasi buka dan tutup serta memasukkan barang.

6. Perbezaan lain pada Isuzu D-Max Stealth ialah pemijak sisinya boleh alih dan disimpan dengan rapi. Ini ciri pertama seumpamanya ditawarkan secara standard pada trak pikap. Ketika pintu ditutup, pemijak sisi berkenaan akan tersimpan dengan kemas di bawah badan trak menjadikan profil sisinya lebih bersih.

Jika mana-mana pintu dibuka pula, pemijak sisi berkenaan akan terletak pada tempat sepatutnya untuk memudahkan pergerakan penumpang keluar dan masuk. Tidak ketinggalan turut tersedia cahaya automatik di bahagian bawah kenderaan yang membantu pada waktu malam.

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki GSX-R150 HP4 Ambil Ilham Superbike BMW S1000RR

7. Masuk ke kabin, kerusi kemasan kulit dan fabrik didatangkan dengan tona warna merah dan hitam yang kemudian menerima jahitan logo Stealth pada penyandar kerusi depan.

8. Imej kabin Edisi Terhad diserlahkan lagi dengan  pelapik bumbung warna kelabu, sementara kemasan permukaan lainnya dalam warna hitam berkilat agar selari dengan tema keseluruhan. Tombol kawalan pendingin hawa pula menerima kemasan krom.

9. Sebagai sebuah trak pikap premium urban, Isuzu D-Max Stealth turut dilengkapi dengan perakam video digital (DVR) resolusi tinggi (HD) depan dan belakang yang pertama dalam kelasnya. Dengan pengesan pergerakan, DVR boleh merakam ketika kenderaan diparkir sekiranya ada pergerakan dalam sudut 140-darjah atau ketika mengesan impak pada kenderaan.

Rakaman berkenaan boleh dimainkan semula pada telefon pintar melalui sambungan WiFi, dengan aplikasi IROAD yang boleh dimuat turun dari Apple App Store atau Google Play.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Honda CBR250RR (2020) Lancar di Jepun, Harga Mula RM32.7k

10. Ciri lain yang pertama dalam kelasnya termasuklah Peninjau Sekeliling (AVM) dengan Panduan Imej 3D. Menggunakan empat kamera di sekeliling kenderaan, sistem membantu pemandu ketika ingin membelokk yang mana sistem secara automatik akan memberikan pilihan paparan dari atas atau 3D sekiranya gear undur dipilih. Pemandu juga boleh mengaktifkan AVM secara manual dengan menekan butang pada papan pemuka untuk memeriksa persekitaran.

11. Tambahan lain ialah sensor parkir depan yang diaktifkan secara automatik sebaik sahaja kenderaan mula bergerak dan akan dimatikan pada kelajuan melebihi 25kmj. Ia kemudian diaktifkan semula ketika kenderaan mencapai kelajuan 20kmj. Pemandu bagaimanapun mempunyai pilihan untuk mematikan sistem ini secara manual.

12. Isuzu D-Max Stealth boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Isuzu seluruh negara bermula hari ini dengan harga bermula RM125,799.20 (atas jalan, tidak termasuk insurans) di Semenanjung Malaysia, manakala RM128,176.20 (atas jalan, tidak termasuk insurans) di Sabah dan RM128,220.30 (atas jalan, tidak termasuk insurans) di Sarawak.

13. Didatangkan dengan jaminan istimewa tanpa had selama 7-tahun, pelanggan terawal yang membeli Isuzu D-Max Stealth (pendaftaran persendirian sahaja) yang mendaftar kenderaan mereka sepanjang Ogos akan menerima sport roll bar atau memilih untuk membeli penutup T-Lid (bernilai RM5,500) hanya pada harga RM2,000 sementara stok masih ada.

BACA >>> #PanduUji: Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power – Serius Ada Power, dan Jimat Minyak!
BACA >>> #PanduUji: 7 Sebab Kenapa Mitsubishi Triton Antara Trak Pikap Terbaik di Pasaran!

GALERI
4x4 autoterkini Isuzu Isuzu D-Max Isuzu D-Max Stealth Isuzu Malaysia Roda4 Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026

    1 Comment

    1. Dzul on 07/08/2020 09:22

      dh mcm proton jgak dh, model sma…facelift je memanjang….

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.