Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isuzu D-Max Bakal Takluki Cabaran Lapan Hari Borneo Safari 2023!
Auto Terkini

Isuzu D-Max Bakal Takluki Cabaran Lapan Hari Borneo Safari 2023!

Han OthmanBy Han Othman25/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA bercakap mengenai trak satu tan berkemampuan tinggi dan reliabel, tidak begitu banyak pesaing yang boleh menandingi apa yang ada pada Isuzu D-Max Single Cab. Trak pikap yang penuh kepelbagaian ini memberikan keanjalan penggunaan kepada pemilik perniagaan untuk memenuhi keperluan pengangkutan.

Isuzu D-Max Single Cab menawarkan aspek penggunaan sangat luas dari menelusuri laluan sempit dalam bandar untuk penghantaran barangan hingga mengangkut beban berat bagi tujuan perladangan.

Sebagai satu-satunya pengeluar di Malaysia yang menawarkan dua pilihan enjin untuk trak pikap kabin tunggal (Single Cab), Isuzu membawakan tahap nilai tersendiri kepada pelanggan dengan cara memenuhi keperluan individu. Semua ini digandingkan dengan sistem pacuan empat roda (4X4) cemerlang menerusi kunci diferensial sebagai ciri standard untuk sebuah kenderaan lasak yang boleh di bawa ke mana saja, untuk tujuan apapun.

Tahukah anda, dua unit Isuzu D-Max 1.9L Single Cab akan ikut serta untuk berkhidmat dalam acara Borneo Safari 2023, beriringan dengan tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain sebagai kenderaan rasmi media bagi acara tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, versi Single Cab dipilih untuk menggalas peranan sokongan dalam Borneo Safari 2023 kerana kebolehan model itu sebagai jentera kental dan serba boleh.

Untuk menakluki acara seperti Borneo Safari yang menghamparkan laluan sukar dalam hutan, ia tidak hanya memerlukan kenderaan dengan sistem 4×4 mantap, tetapi juga perlu dihadirkan dengan kemampuan sangat tinggi untuk memastikan berhasil melepasi cabaran lapan hari dalam kondisi ekstrem seperti itu.

“Dengan warisan panjang Isuzu D-Max sebagai trak pikap, tidak disangkal lagi menjadi salah satu kenderaan media paling boleh diharap sepanjang edisi terdahulu acara ini, dan berhasil mengangkut media dan peralatan mereka menempuhi pelbagai situasi dan kondisi setiap tahun sejak sedekad lalu,” kata Okazoe.

Sebagai Penaja Berlian acara ini buat sekian kali, Okazoe menyerahkan dokumen penajaan dan kunci kenderaan rasmi media itu kepada Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah, Faez Nordin.

Borneo Safari 2023 memasuki penganjuran tahun ke-31 dan diiktiraf satu daripada cabaran off-road paling sukar dunia. Acara ini bakal dilepaskan di depan pejabat Lembaga Pelancongan Sabah pada Ahad depan (29 Oktober 2023) dan akan menjelajahi kawasan pergunungan Sook dan Ranau sebelum kembali ke Kota Kinabalu selepas seminggu.

Isuzu Malaysia sekali lagi akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia, Lembaga Pelancongan Sabah dan Red Springs Sdn Bhd untuk menerbitkan siri video web yang mempromosikan acara tersebut khususnya, dan Sabah umumnya sebagai destinasi pengembaraan.

Dalam siri video itu, penonton akan dapat menyaksikan pelbagai cabaran dilalui sepanjang Borneo Safari dan berpeluang memenangi cenderahati eksklusif menerusi peraduan ‘tonton dan menang’ yang akan berlangsung selepas acara berkenaan selesai.

Terus perhatikan laman media sosial Isuzu Malaysia untuk jadual semasa dan kemas kini lain.

4x4 Borneo Safari 2023 Isuzu D-Max Single Cab Isuzu Malaysia Trak pikap Trak Pikap Kabin Tunggal
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.