Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ismail: Yang Terkandas di Kampung Saja Dibenarkan Balik!
Auto Terkini

Ismail: Yang Terkandas di Kampung Saja Dibenarkan Balik!

Han OthmanBy Han Othman23/04/202013 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Mereka yang berada di bandar tidak dibenarkan sama sekali pulang ke kampung lebih-lebih lagi menjelang Ramadan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, hanya mereka yang terkandas di kampung dibenarkan membuat permohonan pulang ke kediaman masing-masing termasuk ibu kota.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih belum diputuskan dan perlu dibincang dengan semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ada yang keliru… yang ada di bandar mahu balik ke kampung tidak dibenarkan sebab ramai akan balik ke kampung untuk sambut Ramadan. Jadi tidak boleh ada pergerakan dari bandar ke kampung buat masa ini.

“Yang saya sebut semalam, mana-mana pihak yang terperangkap di kampung selepas Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua bulan lalu. Ini yang kita (mungkin) benarkan,” katanya.

Ismail Sabri berkata lagi, mereka yang mahu melakukan perjalanan luar daerah itu perlu membuat permohonan menerusi aplikasi GerakMalaysia atau balai polis berhampiran bermula 25 April ini.

Tujuannya adalah untuk kita dapat kumpul maklumat yang jelas berhubung jumlah mereka yang ingin melakukan pergerakan dari kampung ke Kuala Lumpur atau mana-mana bandar lain.

“Selepas kita dapat, kita akan serahkan kepada KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk berbincang. Kita jangka paling lewat kita dapat maklumat daripada PDRM pada 1 Mei ini.

“Sekiranya semua pihak bersetuju untuk benarkan pergerakan ini, kita akan sediakan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagaimana cara nak pastikan tiada pergerakan yang besar ke ibu kota,” katanya lagi.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Covid-19 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) KKM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

13/02/2026

13 Comments

  1. Norzerina Binti Romli on 27/04/2020 10:52

    Saya dan suami ke kl atas urusan jumpa doktor dan tambahan ubat. Suami appointment Di hukm pada 13/4/2020,sebelum jumpa doktor kena ambil darah dulu pada 7/4/2020, dan saya Di klinik kesihatan BBBangi. Pada 16/4/2020..Setelah urusan selesai saya nak balek ke kpg semula sebab selepas bersara saya tinggal di kpg menjaga ibu yg dah berumur 83 tahun. Saya juga akan membawa cucu yg berusia 5 tahun 6 bulan balek sekali sebab sebelum ni cucu saya dibawa oleh bekas menantu saya ke kl tanpa kebenaran dan tak tahu dimana cucu saya dibawa. Dah jumpa dan da lapuran polis. Sebelum ini saya dah Cuba bertanya Di balai polis BBBangi. Jawapannya boleh. Keesokannya keluar arahan isi borang gerak Malaysia. Jadi mana satu saya nak ikut. Boleh ka saya bergerak balek kpg kerana saya faham hanya dari kpg nak ke Bandar saja Di benarkan. Terima kaseh

    Reply
  2. Fida on 27/04/2020 14:31

    Saya nak tanya,kalau saya naik motor berdua dengan kawan saya balik gemas ke jb ,boleh atau tak??sebab dah lama dah terkandas dekat gemas,dah 2 bulan…saya dengan kawan saya sama_sama naik motor berdua pergi gemas hari tu,sebelum pkp….

    Reply
  3. Mashellino marius on 27/04/2020 15:41

    Saya nak tanya,macam mana kami yang orang sabah duduk dekat johor baru ini hampir dua bulan sudah..Boleh juga balik sabah ke..bilik dah laa sewa sendiri..makan pun sendiri..nasib ada bantuan kerajaan Rm500.itu pun dah habis buat bayar sewa bilik Rm550 bulan April ini..bantuan makan dari kerajaan pun belum dapat..nasib ada duit sikit sikit untuk makan..mana tahan duduk bilik kena bayar..kemasukan tak ada..bagus balik sabah..takut tak dapat bayar sewa kena halau pula masa masa pkp ni..

    Reply
  4. Azrul on 27/04/2020 22:17

    Kampung sy zon hijau, saya nk balik ke rumah saya du zon merah, bolwh ke?

    Reply
  5. Norbibah hasim on 27/04/2020 23:03

    Saya nak tanya anak saya terkandas di Kuala Lipis nak balik bas tak adakan bolehke ayah dia ambil Dorang balik hari je lagi pun anak yg kecil kerja sekolah dah banyak tertunggak .kami duduk tanjung malim

    Reply
  6. Gawri on 27/04/2020 23:08

    Say nak Tanya, when saya balik ke kampung boleh tak saya tolong bawa sekali family adik Saya tiga orang.. Sebab adik Saya tak ade transport kereta under repair.. Termasuk saya Dan anak saya total 5 orang. Tak ade choice.

    Reply
  7. Md rezuan on 28/04/2020 17:50

    Saya nak Tanya. Saya dari Kuala Lumpur hendak pulang ke kampong..pahang Nak hantar barang makan untuk anak istri Dan mak kat kampong boleh tak.. Sebab saya ada anak kecil yg masih meyusu… Istri saya susah nak kuar beli barang2 anak… Sebab tak ada kerdaan….

    Reply
  8. Kamal on 29/04/2020 06:35

    4 anak saya yg ada di kampung terkandas di sana slps PKP diistihar, adakah kebenaran pergerakan hanya untuk satu hala sedangkan saya perlu balik ke kampung dan kemudian bertolak balik ke KL?
    Kalau Adik saya hantar ke KL pun sama dia perlu patah balik ke kampung?

    Reply
  9. Zana on 29/04/2020 10:37

    Saya nak tanya.. Adik saya terkandas di sabah masa pkp yg pertama.. Dan sekarang dah dibenarkan balik KL.. Nak tanya.. Bila dah sampai nti d klia adakah akan di bawa terus ke kuarantin yg di sediakan atau pulang terus ke rumah? Sbb jika pulang terus di rumah.. Bagaimana hendak d kurantin diri swlama 14 hari.. kerana di dlm rumah ada emak dan budak dan ahli keluarga yg lain..

    Minta penjelasan ye… Supaya saya dapat inform awal pd adik yg berada di sabah..

    Terima kasih.

    Reply
  10. Rozi on 30/04/2020 07:54

    Anak saya tinggal diport klang..ingin mengambil isteri dan bayi serta anak buah dikedah…boleh kah anak saya mengambil mereka disana?

    Reply
  11. Rozi on 30/04/2020 07:56

    Anak saya tinggal diport klang..ingin mengambil isteri dan bayi serta anak buah dikedah…boleh kah anak saya mengambil mereka disana?

    Reply
  12. Aisyah on 01/05/2020 15:41

    Sejak 18/3/20 ank sy tinggal di kg sy dan suami balik KL atas urusan kerja . Nak pergi ambil xboleh sbb pkp sampailah sekarang.Dalam ucapan pm langsung xsebut pasal boleh amik ank kat kg, yg ada vuma yg sangkut kat kg boleh minta kebenaran balik KL mcmana dgn ank ank sy tolong la selesaikan masalah sy ni ank sy kecil kecil lg xkan nk balik sendiri ke KL mesti syah dia yg kene jemput.

    Reply
  13. Aisyah on 01/05/2020 20:19

    Janganlah ckp apply menerusi applikasi sbb kami dah apply menerusi applikasi tapi takde jawapan.
    Pergi balai polis polis xlayan jadi kemanakah kami nk mengadu?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.