Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Inilah Sebab Ford Mustang 2016 Cuma Dapat Rating 2-Bintang dalam Euro NCAP?
Roda4

Inilah Sebab Ford Mustang 2016 Cuma Dapat Rating 2-Bintang dalam Euro NCAP?

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ford-mustang-2016-crash-test
KECOH seketika media dan peminat automotif sedunia mengenai rating 2-bintang diterima Ford Mustang 2016 dalam ujian perlanggaran yang dilakukan Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP), baru-baru ini. Apakah sebenar yang berlaku? Kenapa begitu teruk rating diperoleh model ikonik tersebut?

Menurut laporan CarAdvice, antara bahagian skor rendah dicatatkan daripada faktor bantuan keselamatan seperti sistem susur laluan (lane keeping assist) dan pembrekan kecemasan automatik. Malah, ada beberapa karakteristik membimbangkan daripada ujian perlanggaran Ford Mustang 2016 tersebut.

Mari kita lihat sekali lagi ujian tersebut di bawah:

BEG UDARA BERMASALAH

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP), James Goodwin berkata, beg udara Mustang gagal mengembung secukupnya dalam ujian dilakukan Euro NCAP itu. Ini bermakna kedua-dua boneka pemandu dan penumpang depan terhentak selepas beg udara mengembung.

james-goodwin-ceo-ancap
JAMES GOODWIN

Malah, ujian perlanggaran depan menunjukkan risiko kecederaan kepala, dada dan kaki yang serius ke atas penumpang belakang.

Berlaku juga pengembungan tidak cukup bagi beg udara pemandu dan penumpang depan yang menyebabkan kepala pemandu terhantuk roda stereng, manakala kepala penumpang terkena papan pemuka.” – CEO ANCAP, James Goodwin

Sebagai makluman, keputusan dicatatkan Mustang dalam ujian Euro NCAP itu turut diterima sebagai skor rating dalam ANCAP. Ford Mustang 2016 diperkenalkan di Australia dan New Zealand pada Disember 2015.

Mengenai ujian impak sisi, keputusan hentaman menyaksikan pintu pemandu terbuka, dan tidak cukup perlindungan lecut (whiplash) dalam ujian perlanggaran belakang. Peliknya, ujian perlanggaran dilakukan Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) menunjukkan model Mustang yang sama mendapat rating 5-bintang. Lihat video di bawah:

Sistem bantuan keselamatan bukan saja sangat penting dalam ujian perlanggaran Euro NCAP, tetapi juga ANCAP, di mana kekurangan skor pada bahagian itu mampu menjejaskan keseluruhan skor yang bakal diperoleh.

Dalam kategori perlindungan penumpang Dewasa, Mustang mendapat skor 4-bintang, 3-bintang untuk Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak dan 5-bintang untuk Perlindungan Pejalan Kaki. Bagaimanapun, skor 2-bintang dalam kategori Bantuan Keselamatan ialah apa yang banyak menjejaskan skor keseluruhan Mustang.

Wakil Ford mempertahankan Mustang dengan berkata, kebanyakan kenderaan dalam segmen itu tidak menawarkan sistem seumpama itu – Bantuan Keselamatan – sebagai ciri standard. Bagaimanapun, kata wakil itu lagi, Mustang 2018 akan dilengkapkan dengan sistem keselamatan baharu seperti Bantuan Pra-Perlanggaran dengan pengesan pejalan kaki, amaran jarak, amaran lencongan (lane departure warning), bantuan susur laluan (lane keeping assist) dan Sistem Amaran Pemandu.

SUMBER: Auto Blog

ANCAP Euro NCAP Ford Ford Mustang 2015 skor 2-bintang Euro NCAP Ford Mustang 2017 Ford Mustang fastback Roda4 ujian perlanggaran
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.