Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah Satu-Satunya MyBi 1.5L Extreme Bongkah Plastik di Malaysia, Bukan untuk Dijual!
Auto Terkini

Inilah Satu-Satunya MyBi 1.5L Extreme Bongkah Plastik di Malaysia, Bukan untuk Dijual!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA sekitar 1 juta Perodua Myvi atas jalan raya Malaysia, tetapi cuma satu MyBi di Malaysia. Hatchback kuning itu kini dipamerkan di Pusat Beli-Belah Publika di Kuala Lumpur.

Model replika itu memiliki saiz yang sama seperti Myvi sebenar dengan nisbah binaan 1:1. Model kuning itu dihasilkan menggunakan 1.27 juta blok kecil, tetapi bukan daripada jenama LEGO, sebaliknya bongkah plastik yang diimport dari China.

Projek itu membabitkan tiga pasukan, iaitu bahagian fabrikasi, rekabentuk dan jurubina syarikat Bryks Art. Replika MyBi itu mengambil masa dua bulan untuk disiapkan dalam purata 8 jam bekerja sehari, manakala individu terlibat dalam pemasangan itu adalah sekitar 15 hingga 20 orang.

Berat MyBi itu dianggarkan 4 tan, iaitu hampir empat kali ganda berbanding berat sebenar Myvi 1.5L Extreme. Projek binaan kereta replika itu bermula Februari lalu selepas mendapat idea sekitar Disember tahun lalu.

Misi di sebalik binaan MyBi adalah mempamerkan keunikan binaan sebagai hasil kerja seni. Kenapa pilih Myvi 1.5L Extreme kuning dan bukan model lain? Jawapannya, Mvyi model itu dilihat sebagai kereta ikon popular Malaysia, manakala warna kuning itu menjadi warna ikonik  kepada kereta kompak tersebut.

Menurut sumber, projek itu tiada kaitan atau kerjasama dengan Perodua, ataupun menerima pembiayaan mana-mana pihak. Malah sumber mengesahkan mereka tidak menerima panggilan daripada Perodua, dan ini ialah model pameran pertama Bryks Art.

Setakat ini, model itu tidak dibuka untuk jualan. Difahamkan, belum ada individu menyatakan hasrat mahu membeli.

BINAAN MYBI

MyBi menggunakan frem kustom yang dibuat daripada aluminium dan keluli sebagai asas kerangka. Ketulan blok kecil kemudian disambung satu persatu untuk membentuk replika tersebut, dan setiap blok disapu gam khas untuk memastikan ia melekat satu sama lain.

Ada beberapa bahagian model replika menggunakan komponen kenderaan sebenar seperti set rim aloi dan tayar. Sistem suspensi belakang juga berbeza daripada Myvi 1.5L Extreme dengan gaya seakan doubl-wishbone. Material plastik seakan cermin dipotong untuk dijadikan cermin sisi dan cermin pandang belakang.

Stereng Mybi ini boleh dipusing dan kedua-dua pintu depan boleh dibuka, manakala pintu penumpang belakang, bonet termasuk penutup minyak cuma hiasan.

Kereta replika itu dibina di premis Bryks Art di Glenmarie, Selangor sebelum dibawa ke Pusat Beli-Belah Publika untuk tontonan umum hingga Ahad ini. Sistem lampu menggunakan LED dengan kluster instrumen dan skrin infotainmen di tengah papan pemuka adalah buatan kustom dengan paparan pencahayaan.

Warna blok terdiri daripada kuning, putih, perak metalik, hitam, kelabu gelap mutiara, lut cahaya; lut cahaya merah, oren dan hijau; biru dan hijau.

Bryks Art Lego Perodua Myvi Perodua Perodua MyBi 1.5L Extreme Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Roda4

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    Auto Terkini

    LRT3 Laluan Shah Alam Mula Beroperasi Hari Ini, Percuma Tambang Sebulan Hingga 31 Julai

    29/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    29/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.