Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Inilah Kembar EV Honda e:NP2, e:NS2 untuk China, dan Bukan Kereta Konsep!
Roda4

Inilah Kembar EV Honda e:NP2, e:NS2 untuk China, dan Bukan Kereta Konsep!

Abang HirataBy Abang Hirata29/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMBACA PanduLaju yang berkunjung ke Malaysia Auto Show 2024 dapat merasakan aura kehebatan kenderaan jenama China dalam negara.

Ini bukan pujian kosong kerana memang ada model menawan yang menunjukkan kemajuan kenderaan buatan China hingga jenama lain seakan tenggelam. Walaupun pasaran China menjadi lubuk kenderaan dengan jualan tertinggi dunia, pengeluar kereta legasi tidak boleh merasa selesa dengan pelbagai model baharu bertali-arus dilancarkan di sana.

Honda e:NP2 2024
Honda e:NS2 2024

Antara pengeluar yang sudah menari mengikut rentak ialah Honda menerusi pengenalan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik e:NP2 dan e:NS2.Dua model kembar, iaitu e:NP2 daripada GAC Honda dan e:NS2 daripada Dongfeng Honda yang mana kedua-dua pengeluar tempatan itu menjalinkan usahasama dengan Honda di China.

Honda e:NP1
Honda e:NS1

Model konsep pernah ditayangkan tahun lalu sebelum dijual kepada pelanggan pada Jun tahun ini. Honda sebenarnya ada sepasang lagi kembar, iaitu e:NP1 dan e:NS1 yang diperkenal pada 2022.

Honda merancang memperkenalkan 10 kenderaan elektrik (EV) di China menjelang 2027 dan mahu 100 peratus jualan di China diwakili EV menjelang 2035.

Honda e:NP2 2024
Honda e:NS2 2024

Berbalik kepada e:NP2 dan e:NS2, kedua-dua model itu tampil segak dengan gaya yang lazim untuk pasaran China. Ini antara sebab kenapa penulis mengatakan Honda sudah menari mengikut rentak di China.

  • Honda e:NP2 membawa gaya linear dan jelas, manakala Honda e:NS2 mempamerkan rekabentuk beremosi.
  • Lampu depan e:NP2 jenis sepit ketam turut diulang pada lampu belakang. e:NS2 pula menggunakan lampu jenis air mata pada bahagian depan dan belakang yang merupakan trend terkini.
  • Dua model EV ini memiliki dimensi setara Tesla Model Y dengan panjang 4,788mm, lebar 1,838mm, dan tinggi 1,57mm.
  • EV ini dibina berasaskan paltform e:N Architecture F, iaitu antara platform khas untuk siri e:N Honda.
Honda e:NP2 2024
Honda e:NS2 2024
  • Jarak pemanduan e:NP2 sehingga 545km mengikut piawaian Kitaran Ujian KenderaanKerja Ringan China (CLTC).
  • Bahagian dalaman, kedua-dua model dilengkapi sistem paparan dongak (HUD) bersaiz besar.
  • Ada corak pencahayaan yang bertukar mengikut fungsi kereta.
  • Unit infotainment bersaiz 12.8 inci dilengkapi sistem operasi (OS) Honda CONNECT 4.0, iaitu teknologi konektiviti yang direka khusus untuk EV Honda di China.
  • Bagi meningkatkan keselesaan musim sejuk, kedua-dua model EV itu dipasangkan Sistem Pemanasan Pintar (IHS) bagi meminimum penggunaan kuasa melalui pelbagai kaedah seperti kawalan bersama antara unit penyaman udara dan ciri pemanasan terbina dalam lain.
  • e:NP2 dan e:NS2 adalah antara model Honda terawal yang menggunakan sistem ini.
  • Dua model ini juga menjadi model Honda pertama menggunakan sistem aroma yang mana penumpang boleh memilih wangian digemari melalui skrin unit infotainment atau aplikasi telefon pintar, dan kemudian akan meresapi seluruh ruang kabin.
Honda e:NP2 2024
Honda e:NP2 2024
Honda e:NP2 2024
Honda e:NP2 2024
Honda e:NS2 2024
Honda e:NS2 2024
Honda e:NS2 2024
Honda e:NS2 2024
EV Honda Honda e:NP2 Honda e:NS2 Kenderaan Elektrik (EV) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Bikin Auto

    #BikinAuto: Honda Integra Type R DC2 Oleh Tolman Engineering, Konsep Standard Kilang!

    13/04/2026
    Honda City Turbo II (kiri) dan Honda Super-N 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Kei-car EV, Honda Super-N 2026 Diperkenal, Harga RM106k Sahaja!

    13/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    13/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.